Halaman

Rabu, 20 November 2013

Banyakkan Pembersih, Kurangkan Dan Sifarkan Pengotoran.....

النظافة من الإيمان  .
Kebersihan itu sebahagian dari iman.


Baru-baru ini kita didedahkan tandas awam Malaysia masih hanya 350 buah atau 3.41 peratus tandas awam di seluruh negara mendapat penarafan berstatus lima bintang.
 
Kekalutan ini lebih bertambah, apabila Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia.

Selain prasarana tandas yang tidak lengkap dengan kemudahan, kurang penyelenggaraan, yang paling utama adalah sikap pengguna apabila 'berkunjung' ke rumah kecil itu.

Sepatutnya Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, kerana Islam amat menekankan kebersihan, sudah cukup untuk membersihkan seluruh tandas awam dan tandas di mana-manapun.

Dari segi congaknya, kalau pembersih lebih ramai dari pengotor, keadaan tandas awam sudah cukup bersih tanpa perlu ada 'supervisor' yang mengawalnya.

Apa tidaknya.... sebagai contoh apabila seorang muslim masuk ke tandas apa dia buat?

Mulakan dengan langkah kiri sebelum tu bacalah doa (doa ta'awuz), kalau tak tahu dan tak ingat, baca a'uzubillahi minasysyaitonir rojim pun takpe, sebelum masuk tandas baca dalam hatipun takpe. Pakailah sepatu yang disediakan. Kemudian pastikanlan pakaian kita tak kena percikan air najis kerana pakaian tersebut kita boleh jadikan pakaian solat, maka sebab itu kita dapati ada pihak lelaki muslim, melipat seluar panjang pada betis mereka, bertutup kepala kerana syaitan akan kencing atau berak kepala kita (walaupun banyak mengatakan hadis ini lemah, tapi para sahabat mengamalkannnya), tambahan lagi kita masuk tempat berkumpulnya syaitan dan iblis. 

Dari Zaid bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri oleh para syaitan, maka jika salah seorang dari kalian hendak masuk kamar mandi, ucapkanlah "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Hakim) 

Selepas melalui lobi tandas, kita akan masuk pintu tempat kita 'berqadha hajat'. Amalan guru saya, dia akan jirus getah paip, jirus dinding-dinding tandas terutama yang berbau hancing dan terpalit najis, jirus pembuka pintu tandas, jirus tempat duduk/bertenggong pada mangkuk tandas. Dibuat begini kerana untuk mengelak pakaian atau tubuh kita bergesel pada ruang-ruang percikan najis, di mana ruang-ruang tercemar itu telah dibuat oleh mereka yang masih tak faham tentang 'taharah' seterusnya boleh menyebabkan pakaian dan badan kita terpalit najis dan akibatnya ibadah solat kita tertolak.



Selepas itu barulah 'berqadha hajat', antara adab berqadha hajat, seboleh mungkin tak mengadap qiblat, dilakukan dalam keadaan duduk atau bertenggong supaya pelepasan najis oleh badan kita lawas, berdehem dan sedikit urutan agar semua najis keluar dengan sempurna. Ingat, ada hadis memberitahu kita antara sebab kita diseksa dikubur adalah kerana kencing/berak tak lawas. 

عَنْ عبد الله بنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ فأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا


Daripada Abdullah bin Abbas r.huma dia berkata, Nabi SAW melewati dua kubur. Baginda lantas bersabda, “Sungguh keduanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa kerana perkara besar. Salah seorang dari keduanya tidak bertabir dari kencing. Sedangkan yang satunya lagi, berjalan sambil namimah (suka mengadu domba).” Baginda lantas mengambil pelepah kurma yang basah dan membelahnya menjadi dua bahagian, lalu Baginda menancapkan di masing-masing kubur tersebut satu belahan. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah. Mengapa anda melakukan hal ini?” Baginda menjawab, “Semoga ia dapat meringankan seksaannya, selama keduanya belum kering.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas itu beristinjaklah menggunakan air sehingga hilang sifat najis pada 'jalan keluarnya'. Selepas flask, giliran kita pula menyenangkan pengguna lain, dengan mempastikan semua ruang tandas itu tidak mengotorkan, atau tidak mempaletkan najis kepada pengguna selepas kita.

Nah, kalau beginilah setiap peribadi muslim, insyaAllah tandas kita bersih dari kotoran dan najis. Tempat yang kotorpun jadi bersih, betapalah tempat yang tidak sinonim dengan kotor...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan