Halaman

Khamis, 31 Oktober 2013

Saiyidina Abdul Rahman Bin Auf r.a.


Kebanyakan orang melayu ketika berdoa, doanya begini "Ya Allah panjangkan umurku dan limpahilah rezeki ke atasku", Maka minta jugalah agar menjadi orang yang bersyukur apabila diberi rezeki oleh Allah SWT seperti dia (sahabat di atas)

Kalau Tuhan Dikenali





Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan dikenali...

Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan

Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita

Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya

Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya

Cintakan Tuhan cinta yang abadi

(p/s Ya Allah, paling tidak dihujung hidupku, dapat sedikit rasa cinta dan takutkanMu jadilah....)

Rabu, 30 Oktober 2013

Muawiyah Bin Abi Sufyan ra



Pemimpin Pertama Dalam Islam Mewujudkan Armada Tentera Laut. Perhatikan juga sikapnya yang selalu disalah tafsir oleh orang jahil akan perselisihannya tentang menangani kes pembunuhan Saiyidina Usman bin Affan ra. Sebenarnya itu adalah ijtihad para Sahabat. Siapa kita nak mengatakan Sahabat-Sahabat itu tersilap.....

Isnin, 28 Oktober 2013

Cium Haruman Syurga Pun Tak Dapat...


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.”

Nabi SAW melanjutkan,

“Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.”
(Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)

Para ulama pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.

Sabda Nabi SAW bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi:
"Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak."
(Riwayat Abu Dawud)

"Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab yang kukuh, maka terhalanglah dia daripada mencium haruman syurga."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Perlu diketahui bahawa isteri yang meminta-minta cerai dari suaminya adalah dicela menurut hukum Islam.

Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti :

"Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga."
(Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)

Hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka bukanlah menurut hawa nafsu dan perasaan.

Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka. Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan :

“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka".

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi:

"Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”
(Hadis Sahih riwayat Muslim)

Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Ahad, 27 Oktober 2013

Carilah Kebenaran (Kartun 004)

Sering terdengar bila bergaul dengan para remaja di kejiranan dan setempat yang masih terkial-kial mencari identiti, mereka sangat disokong oleh rakan senior ikutan mereka. Kawan-kawan begitu telah dijadikan tempat rujuk utama berbanding ibubapa mereka kerana mak ayah sibuk siang malam mencari rezeki yang masih tak mencapai tahap kemewahan hidup lantaran tidak ada masa bersama bersembang mesra dengan mereka. Bila ditanya soal solat, ramai yang tak cukup 5 waktu setiap hari. Bila dah itu saja rakan bergaul mereka seharian, berikut antara ayat-ayat yang sering digunakan mereka...

"Kami nakkan kebebasan..."

"Hidup kenalah enjoy baru seronok..."

"Kalau boleh nak couple-couple, bosanlah takde pakwe... Orang lain ada makwe takkan aku takde..."

"Mudakan sekali, kami nak merasa juga nikmat hidup...."



Maka, kalau situasi begini berterusan, tidak ditanam iman, tidak diberitahu tujuan manusia dihidupkan oleh Tuhan, tidak ada kawan-kawan baik yang boleh mengepung mereka, ibubapa yang tidak menghidupkan pendidikan di rumah, mereka akan terus menghadapi krisis demi krisis identiti. Remaja tersebut tidak kuat berprinsip. Maka bila datang 'penggodam' yang berupa rokok, dadah, lelaki hidung belang, perempuan jalang, takut-takut dek benteng pertahanan yang tidak kukuh, mereka mudah ditewaskan.

Sebelum terlambat....

Marilah, terus menerus mencari panduan hidup, atas kebenaran dan kehendak Allah SWT. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang boleh memperhaluskan akhlak kita sesama manusia dan akhlak kita dengan Tuhan. Kebenaran itulah Tuhan yang Maha Esa, mari kenaliNya, tahu dan dapat merasakan Peranan Tuhan dalam kehidupan seharian kita agar kita makin cinta dan takutkan Tuhan. Natijahnya, itulah 'tempat' kita mengadukan masalah dan 'kawan setia' kita. Itulah juga benteng dan kuatnya kita menghadapi apa saja ujian kehidupan.

Kata-kata Hukama:

"Kalau kita nak melihat, jatuh atau bangunnya sesebuah Negara, lihatlah kepada remajanya"

p/s Dalam Islam, muda itu dua kali....

Jumaat, 25 Oktober 2013

Silangkata 004

Salam, 004 datang dengan soalan kehidupan dan cara hidup muslim… yang mesti dijawab dengan pengalaman dan panduan yang tepat.


Syarat penyertaan, terbuka kepada semua...

Jawapan akan dipaparkan pada setiap Jumaat, insyaAllah.

Silangkata 004:


Melintang

1) 10 Muharram, banyak peristiwa besar dalam Islam berlaku pada hari tersebut.

2) Tutuplah ___ orang lain, nanti kelemahan, kekurangan, kecacatan kita akan ditutup oleh Allah bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi.

3) Gelaran yang diberi oleh Rasulullah kepada Abu Ubaidah ‘Amer bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Quraisyi ra. Pada zaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ra, beliau telah melantik Abu Ubaidah sebagai Ketua Pembendaharaan Negara.

4) Salah satu sifat wajib bagi Rasul adalah bijaksana.

5) Maha _____ Allah, sangat berbeza dengan makhluk ciptaanNya, berbisik, menjerit, dihalang oleh tembok, terang-terangan, dalam keadaan semua bercakap, jauh atau dekat, sikit atau ramai, semuanya dan tidak ada terkecuali, hatta kata-kata hatipun, dapat 'dirakam' suara itu secara jelas dan serentak.


Menurun:

6) Rasulullah SAW dan para Sahabat diperintahkan oleh Allah supaya ber______ dari Mekah ke Madinah untuk menyelamatkan iman dan mengamalkan Islam sebagai cara hidup selepas mendapat tentangan hebat oleh pihak musyrikin Mekah.

7) Keburukan bercinta _____ kahwin adalah lebih banyak berbanding bercinta selepas kahwin. Antaranya kalau dilakukan bukan selepas kahwin, sewaktu dating, berchatting, calling, bukan anda sepasang sahaja yang ada, mesti ada orang ketiga. Segala minyak wangi atau berpeluhnya anda, make-up atau tidaknya pasangan anda, bertudung atau tidaknya pasangan anda, halus-manisnya perkataan yang anda gunakan atau walau teruk berserabutnya ayat yang anda gunakan, SEMUANYA telah diindahkan oleh pihak ketiga iaitu syaitan yang meniti di atas karpet yang dibentangkan oleh hawa nafsu. Sebab itu bila dah kahwin, syaitanpun menangis dan lari, maka yang diindahkan syaitan tadi, semuanya dah jadi sebaliknya, penyakit jemupun datang dan lebih malang lagi, sekiranya ‘tebu sudah menjadi hampas’. Perkara inilah yang banyak menyumbang kepada penceraian rumah tangga. Kalau anda yang baru berjinak-jinak nak melakukan ‘program taqrobuzzina (program hampiri zina)’ sponsored by nafsu, renung-renungkanlah dan kembalilah ke pangkal jalan.

8) 1000 kilogram = 1 ___.

9) Sepasang mata, sepasang telinga, sepasang tangan, sepasang kaki, mulut, perut, hidung dan kemaluan juga disebut sebagai __________, semuanya hendaklah digunakan untuk kebaikan dan tidak disalahgunakan kerana setiap organ deria tersebut akan menjadi saksi di Akhirat nanti akan kejahatan/kebaikan yang kita lakukan di dunia.

10) Buah ibadah, ianya ibarat bunga penyeri majlis dan semua orang suka kepadanya.


Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 004:

Nama:

Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
Menurun
6)______
7)______
8)______
9)______
10)______

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com

Hadiah setakat ini masih lagi dalam pencarian sponsor, harap ada yang sudi jadi penaja insyaAllah..



Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 003:


Tahniah kepada yang menjawab semua betul.

Antaranya...



1) Siti Fatimah Aina binti Nizam dari Taiping
2) Aisyah binti Zawari dari Taiping
3) Nurul Athifatul Hana binti Mahmud dari Taiping
4) Siti Nur Sofiatun binti Mohd Maher dari Taiping



Selasa, 22 Oktober 2013

Hati-Hati Ikut 'Highway'!

Rasulullah SAW bersabda:

"Ketika Allah menciptakan Syurga dan Neraka, diutuslah Jibril kepada Syurga, maka Allah berfirman: “Pergilah! Lihatlah kepada Syurga itu dan kepada apa yang telah aku sediakan untuk mereka yang ingin menuju Syurga itu.” Maka Jibrilpun pergi dan melihat kepada Syurga itu dan kepada apa yang telah Allah sediakan bagi calon penghuninya. Maka Jibrilpun kembali dan berkata “Demi keagunganMu, ya Allah, tidak akan ada seorangpun yang mendengar tentang Syurga itu, kecuali pasti akan memasukinya”.

Maka Allah memerintahkan Syurga dan memenuhi jalan-jalan menuju Syurga itu dengan al makarih (berbagai ketidaksenangan).

(gambar hiasan)

Maka Allah memerintahkan Jibril: “Kembali dan lihatlah apa yang telah Aku sediakan untuk calon penghuninya!” Maka Jibrilpun melihat kembali kepada Syurga itu, dan berkata: “Demi keagunganMu, ya Allah, sungguh aku khuatir bahwa tidak akan ada seorangpun yang mahu memasuki Syurga”.


Kemudian diutus Jibril ke Neraka, Allah berfirman: “Pergilah, lihatlah Neraka itu dan apa yang telah Aku persiapkan bagi calon penghuninya”. Maka Jibrilpun melihat kepada Neraka itu, maka tiba-tiba ia melihat api Neraka itu saling berjulang-julang kepanasan, kemudian ia kembali dan berkata: “Demi keagunganMu, ya Allah, tidak akan ada seorangpun yang akan masuk Neraka kalau dia mendengar tentang siksa Neraka”.

Lalu Allah memerintahkan Neraka untuk memenuhi jalan menuju Neraka itu dengan asy syahawaat (kesukaan nafsu).

(gambar hiasan)

Lalu Allah berfirman: “Pergilah dan lihatlah Neraka itu”. Maka Jibrilpun pergi melihat, kemudian kembali dan berkata: “Demi keagunganMu, ya Allah, aku khuatir tidak ada seorangpun yang selamat dari Neraka kecuali pasti akan memasukinya”.
(HR Muslim)

Rupa-rupanya jalan nak ke Syurga penuh berliku-liku, penuh ranjau dan kepayahan, sedangkan nak ke Neraka Allah itu mudah saja, highway yang telah disediakan oleh nafsu dan syaitan...


Seorang Ulamak telah bersyair

Pilihlah Antara Dua Jalan

Di hadapan kita ada dua jalan, pilihlah!
Satu ke Syurga, satu lagi ke Neraka
Kedua-duanya itu jalannya jelas, tidak ada kesamarannya
Terpulanglah kepada kita memilihnya
Jalan ke Syurga ditabur orang dengan duri, batu kerikil, ranjau-ranjau yang menyusahkan
Jalan ke Neraka dihampar orang dengan permaidani empuk
Di kiri kanan jalan ada gerai-gerai makanan yang lazat rasanya
Melihat sahaja sudah menggiurkan
Belum lagi memakannya, wah lazatnya
Dialu-alukan pula oleh gadis-gadis cantik
Melambai-lambai kedatangan kita
Mengiringi perjalanan kita
Sedangkan jalan ke Syurga tidak ada makanan di kiri kanannya
Jauh sekali gadis-gadis manis mengalu-alukan
Apa yang ada hutan kiri dan kanan
Tidak ada satu pun yang menarik dan yang menggembirakan
Perlu diingat dia telah diberitahu
Di hujung Neraka gaung yang dalam, yang mengeri dan menyeksakan
Siapa menempuh jalan itu pasti terjatuh ke gaung yang menakutkan
Di hujung jalan ke Syurga pun telah diberitakan
Ada taman yang indah, istana mewah
Makanan yang lazat rasanya
Gadis-gadis cantik yang menunggunya
Siapa menempah jalan ke Syurga, menderita dahulu, senang kemudian
Siapa menempuh jalan ke Neraka, senang dahulu, menderita kemudian
Pilihlah mana satu
Kedua-dua jalan terbentang di hadapan kehidupan kita
Kedua-dua jalan sangat jelas tidak ada kesamarannya
Terpulanglah kepada kita, pilihlah mana yang kita suka


Firman Allah SWT: “Adapun orang yang melampaui batas, dan memperturutkan kehidupan dunia, maka sesungguhnya Neraka Jahimlah tempat kembalinya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah sebagai tempat kembali.”
Surah An-Naazi’aat [79]:37-41


Syair kedua

Dunia Jalan Menuju Ke Akhirat

Utamakanlah kehidupan Akhirat
Destinasi yang akhir tempat kita tinggal
Carilah kekayaan dunia dan majulah
Akhiratkan dia agar mendapat kebahagiaan di sana
Harta dan kemajuan di dunia itu adalah perlu
Untuk berkhidmat pahalanya di Akhirat sana
Selamatlah kita di dunia dan bahagia
Lebih-lebih lagi selamat dan bahagia di Akhirat
Janganlah kekayaan dan kemajuan di dunia jadi dunia semata-mata
Dunia jadi sia-sia dan Akhirat sana tidak ada pahalanya
Senang di dunia bukanlah berlama-lama
Bahagia di Akhirat kekal selama-lamanya
Kerana itulah takutilah Tuhan dan cintailah Dia
Syariat jadikan panduan hidup di dunia
Itulah dia pimpinan Tuhan hidup di dunia
Di Akhirat kita mendapat bahagia selama-lamanya
Hubungkan dunia dengan Akhirat
Ertinya dunia diambil jadikan Akhirat
Maka terjalinlah dunia dengan Akhirat
Jadilah dunia itu jugalah Akhirat
Begitulah ajaran Tuhan buat kita di dunia
Manfaat besar dan untungnya dapat di sana
Untung di dunia selamat di dunia
Untung di Akhirat selamat di Akhirat
Janganlah pisahkan dunia dengan Akhirat


Firman Allah SWT: "Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik".
Surah Al Hadiid [57]:16







Ahad, 20 Oktober 2013

Penjara Dunia VS Penjara Akhirat.... (Kartun 003)


Mengapa Penjara Dunia Lebih Ramai Lelaki Tetapi 'Penjara' Akhirat Lebih Ramai Perempuan?



Penghuni penjara dunia lebih ramai lelaki dan penghuni penjara Akhirat lebih ramai wanita, ini satu fakta yang tak dapat disangkal. Statement 'penghuni penjara dunia lebih ramai lelaki' berlaku di hadapan mata kita. Bagi yang belum ada pengalaman, silalah melawat penjara. Kenyataan 'penghuni penjara Akhirat lebih ramai wanita' adalah dari lidah Nabi SAW yang benar lagi dibenarkan.

Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak."
(Hr. Bukhari dan Muslim).

"Sesungguhnya penghuni Syurga yang paling sedikit jumlahnya adalah kaum wanita."
(Hr. Bukhari dan Muslim).

Mesti ada sebab dan puncanya untuk kita mencelikkan hati dan membuka minda dan menggunakan kanta agama untuk mengambil pengajaran dan panduan hidup kita.

Sebabnya....

Pertama:

Mahkamah dunia hanya mampu melihat kesalahan-kesalahan besar ataupun kejahatan-kejahatan lahiriah, ataupun kejahatan-kejahatan fizikal. Sudah tentulah kesalahan-kesalahan berbentuk demikian banyak diperlakukan oleh manusia yang kuat fizikalnya dan pastilah ramai di kalangan kaum Adam yang 'merealisasikannya'.

Sebagai contoh kejahatan yang dilakukan, mencuri, merompak, menyamun, pecah rumah, merogol, meragut, merempit, bergaduh, membunuh dan lain-lain yang 'sama waktu' dengannya. Sudah pastilah kejahatan sebegitu akan terhukumnya kaum lelaki. Bukannya tak ada kaum Hawa yang kuat, ada..., tapi bilangannya terlalu sedikit. Sebab itu mereka dalam penjara dunia dalam bilangan yang sedikit.

Kedua:

Mahkamah Akhirat perhitungkan kejahatan manusia secara amat detail dan Hakimnya sendiri adalah Allah al-'Alimul Hakim. Yang Maha Adil dan Maha Menghitungkan. Maka kesalahan yang berselindung dalam rumah, kerana tidak bersyukur terhadap nikmat Allah oleh para isteri, iaitu nikmat seorang yang bernama suami kepada isteri.

Ramai wanita tidak fokus terhadap tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat kepada suami, tidak istiqomah melayan suami ketika hidup bersama mereka sedangkan mereka tidak dipertanggungjawabkan secara khusus untuk 'berjihad' seperti kaum lelaki.

Satu lagi kesalahan yang tanpa disedari adalah kesalahan berpunca dari lidah. Mengumpat, menfitnah, memaki hamun, menghina, mengherdik, mengeluh, mengungkit jasa dan mengadu-domba. Satu 'perniagaan' yang tidak memerlukan modal. Hanya berbekalkan air liur dan mazmumah yang disuburkan.

Kalau dilihat tentang ini, kaum Adam kurang terlibat dengan 'gejala' ini kerana mereka banyak disibukkan kerja luar pejabat dan kerja yang berbentuk 'out station'. Mungkin juga Allah SWT telah bekalkan 'akal yang panjang' kepada kaum lelaki yang tidak suka 'merosakkan bangunan yang susah payah dibina sebelum ini'.

Sebab itulah Nabi SAW mendapati banyak kaum wanita menjadi penghuni Neraka sewaktu baginda diisrak-mikrajkan. Kesalahan pada pandangan Allah SWT yang tidak ditaubatkan di dunia, walaupun terlepas dari penjara dunia, rupa-rupanya highway untuk manusia yang bernama perempuan di masukkan dalam 'penjara' Akhirat yakni Neraka.

(Peringatan juga kepada kaum lelaki, kerana firman Allah:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ)



Jumaat, 18 Oktober 2013

Silangkata Bercorak Islam 003


Salam, silangkata bercorak Islam datang lagi, menguji minda anda tentang ilmu yang telah dipelajari, baik fardhu ainnya, ilmu tajwidnya, sejarah, sains dan pengetahuan am. InsyaAllah, jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.

Syarat penyertaan:

Terbuka kepada semua warga negara Malaysia khasnya dan di luar Malaysia amnya.



SILANGKATA 003


Melintang


1) Najis daripada anjing dan babi

2) Satu sistem pergerakan makanan dalam badan. Ia tidak bergerak laju tapi pengecutan dan pengembangan saluran laluan makanan selepas dikunyah dan ditelan ke dalam perut akan beransur-ansur menggerakkan makanan sambil berlakunya pencernaan dan penyerapan sepanjang laluan pencernaan. Sebab itu dalam Islam, Sunnah Nabi ketika makan dan minum hendaklah dilakukan dalam keadaan duduk. Supaya makanan yang masuk ke dalam perut dapat diperlahankan dan dapat disempurnakan pencernaannya. Di sini, kita dapat merasakan Maha Kasih Sayang Tuhan, yang berterusan melakukan proses ini dan menyempurnakannya melalui pergerakan makanan tersebut. Inilah antara nikmat Allah yang patut kita syukuri.

3) Amalan kebaikan atau kejahatan walau sebesar ________pun akan diperhitungkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti.

4) Takbir raya pada Hari Raya Qorban yang mengiringi solat fardhu sehingga solat Asar 13 Zulhijjah dipanggil takbir _____.

5) Apabila mim mati bertemu dengan huruf ba, hendaklah dibaca dengan dengung dan hukum tajwidnya adalah ______ syafawi.


Menurun


2) ______ Nabi SAW bernama Abi Talib yang sangat sayangkan Nabi SAW serta berusaha melindungi Nabi ketika dakwah Nabi ditentang keras pada peringkat awalnya, tetapi beliau tidak direzekikan memeluk Islam walau di akhir hayatnya.

6) Pemberian nikmat atas kemurkaan Tuhan berupa harta dan kekayaan serta isteri dan anak-pinak kerana penipuan, penyelewengan, merompak dan merampas hak orang tanpa izin tuannya serta kerana penyakit cinta dunia dan melupakan Tuhan. Pemberian sebegini akan menghilangkan keberkatan apa saja yang kita perolehi, ianya dapat dilihat kepada makin bertambah jauhnya kita dengan Tuhan.

7) Selain ilmu nahu, apakah yang perlu diketahui oleh pelajar yang mahu mendalami ilmu tafsir al-Quran.

8) Manusia pertama terkorban.

9) Mekah dan Madinah.


Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 003:

Nama:

Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
Menurun
2)______
6)______
7)______
8)______
9)______

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com

Ramai yang mencadangkan pemberian hadiah. Hadiah setakat ini masih dalam pencarian sponsor, harap ada yang sudi jadi penaja insyaAllah..


Jawapan Silangkata 002:


Tahniah kepada yang berjaya menjawab semua betul.






Rabu, 16 Oktober 2013

Ahad, 13 Oktober 2013

Kisah Melahirkan Umar bin Abdul Aziz, Satu Caturan Perkahwinan Yang Rapi Saiyidina Umar bin Khattab ra


Kisah Melahirkan Umar bin Abdul Aziz, Satu Caturan Perkahwinan Yang Rapi Saiyidina Umar bin Khattab ra.

Bagi menyelamatkan keluarga kita yang hidup di Akhir zaman ini. Di mana kita semua akan berdepan dengan segala kerosakan, sebesar-besar maksiat, dan kemuncak fitnah iaitu fitnah Dajal. Perlu ilmu, panduan, bimbingan yang berterusan agar kita selamat menempuh semua ujian ini.

Jika dilihat umur kita, lazimnya sudah hampir setengah abad, kebanyakannya sekitar '50an', maka generasi di bawah kitalah, atau generasi anak-anak kitalah yang akan mendokong kebenaran atau ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Mereka jugalah yang akan menghadapi semua itu.

Maka kelahiran anak-anak pejuang ini mestilah dalam perancangan yang teliti melebihi perancangan Yahudi yang bertungkus lumus melahirkan anak-anak luar nikah mereka sebagai tentera-tentera Dajal dari masa ke semasa.

Ikuti kisah bagaimana liciknya Saiyidina Umar Al Khattab ra 'melahirkan' Umar ke-2 yakni Umar bin Abdul Aziz rahimahumullah.


Ceritanya begini...


Sedang Saiyidina Umar berehat-rehat di bawah sepohon pokok kerana keletihan setelah berjalan meninjau-ninjau kehidupan masyarakat di malam hari, maka terdengarlah oleh telinga Saiyidina Umar perbualan antara ibu dan anak dari dalam rumah yang tidak jauh dari tempat beliau berehat.
"Nak..., campurkanlah susu yang diperah tadi dengan air", kata si Ibu. "Jangan Ibu..., Amirul Mukminin sudah menetapkan peraturan untuk tidak menjual susu yang telah dicampur air" jawab anak perempuannya.

"Tapi banyak orang melakukannya nak..., campurlah sedikit, insyaAllah Amirul Mukminin tidak mengetahuinya", kata sang ibu cuba meyakinkan anaknya. "Wahai Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya tapi Tuhan kepada Amirul Mukminin pasti melihat kita", tegas si anak menolak. Bercucuranlah air mata Saiyidina Umar mendengar tutur kata si anak perempuan yang takutkan Tuhan tadi.

Selepas memimpin solat Subuh berjemaah di masjid, baliklah beliau ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dipanggillah anaknya Asim bin Umar dan berkata "Sesungguhnya aku telah mendengar percakapan yang istimewa malam tadi, pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya".

Setelah diselidiki, mengadaplah Asim kepada ayahnya. Berkatalah Saiyidina Umar, "Pergilah dan temui mereka semula. Lamarlah anak gadisnya untuk menjadi isterimu. Aku lihat insyaAllah ia akan memberi berkat kepadamu dan anak keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin bangsa".

Maka bernikahlah Asim dengan anak gadis tersebut, hasilnya Saiyidina Umar dikurnia cucu bernama Laila bergelar 'Ummi Asim'.

Pada suatu malam, Saiyidina Umar telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut, beliau telah melihat seorang pemuda dari keturunannya juga bernama Umar dengan kening yang cacat kerana luka. Pemuda ini memimpin masyarakat Islam seperti dia memimpin umat Islam. Saiyidina Umar pun menceritakan mimpinya kepada keluarganya. Walaupun Saiyidina Umar wafat tahun 644M, cerita itu terpendam di kalangan keluarganya sahaja.

Ummi Asim, telah berada 12 tahun di bawah pemerintahan Khalifah Saiyidina Othman RA sehingga 656M, kemudian dia menyaksikan 5 tahun pemerintahan Khalifah Saiyidina Ali KWJ hingga akhirnya Muawwiyah berkuasa dan mendirikan Kerajaan Bani Umayyah. Bergantinya Sistem Khalifah kepada Sistem Kerajaan sangat dirasakan ketika itu. Negara jajahan bertambah luas, penduduk bertambah banyak, ilmu dan teknologi berkembang. Tapi masyarakat semakin merindukan ukhwah, rindukan keadilan dan kesederhanaan Saiyidina Ali, Saiyidina Othman, Saiyidina Umar dan Saiyidina Abu Bakar.

Kafir Zimmi bersuara "Sesungguhnya kami merindukan Umar, bila dia datang ke sini, selalu dia bertanya khabar dan bertanyakan perniagaan kami, dia tanyakan juga kami adakah kami rugi selepas sesuatu keputusan yang beliau buat. Kami ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta."

Selepas tampuk pemerintahan Bani Umayyah diserahkan kepada anak Muawiyah, Yazid yang tiada pengalaman memimpin telah memburukkan pemerintahan Bani Umayyah berikutan pembunuhan Saiyidina Hussein bin Ali bin Abi Talib. Banyak para sahabat terbunuh.

Akan tetapi anak Yazid, Muawiyah bin Yazid seorang yang warak telah bertindak meninggalkan istana Bani Umayyah dan menolak untuk menggantikan ayahnya. Maka dikalangan Bani Umayyah telah melantik Marwan Bin Hakam dari keluarga Hakam untuk mengisi kekosongan tampuk pemerintahan walaupun di kalangan sahabat Nabi telah melantik Abdullah bin Zubair. Marwan bin Hakam telah memerintah lebih 10 tahun.

Selepas itu Abdul Malik bin Marwan memegang tampuk pemerintahan Bani Umayyah (685-705M), seorang yang soleh, ahli fiqh dan tafsir, raja yang terlepas dari masalah yang diwarisi bapanya Marwan bin Hakam.

Di zamannyalah Ummi Asim telah bernikah dengan Abdul Aziz bin Marwan, Gabenor Mesir. Dari perkahwinan itulah lahirnya Umar bin Abdul Aziz. Lahir di Halawan, salah satu kawasan perkampungan di Mesir pada tahun 61H. Umar hidup dalam kemewahan istana Bani Umayyah.

Namun begitu sedari kecil lagi beliau telah diuji kesakitan. Diceritakan, tanpa sengaja kuda jantan menendangnya sehinggakan keningnya robek nampak tulang kening. Semua orang menangis kecuali Abdul Aziz tersentak lalu tersenyum.

Sambil mengubat luka anaknya dia mengingatkan "Bergembiralah wahai Ummi Asim. Mimpi Umar bin Khattab insyaAllah benar, dialah anak dari keturunan Umar yang akan memperbaiki bangsa ini".

Selepas Abdul Malik bin Marwan, Umar Abdul Aziz telah menjadi Khalifah yang meniru pemerintahan Khulafaur Rasyidin. Negaranya telah dilimpahi berkat, serigala boleh berbaik-baik dengan kambing, hak rakyat sangat di jaga, harta kekayaan melimpah ruah sehingga tiada fikir miskin yang mahu mengambil zakat. 

Sabtu, 12 Oktober 2013

Kisah 'Cinta' Para Kekasih Allah... Nabi Musa as


Nabi Musa as dijodohkan dengan Safura (Wanita terpelihara dan beradab)


Kisah Nabi Musa a.s. yang secara tidak sengaja telah membunuh seorang pengikut Firaun bernama Nafun. Nabi Musa kemudian lari menyelamatkan diri daripada buruan tentera Firaun.

Semasa bersembunyi itulah suami Masyitah (Hizqil) datang menemui Musa dan menyuruh baginda lari meninggalkan Mesir. Hizqil berkata,

“Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu. Sebab itu, keluarlah (dari kota ini), sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 20).

Setelah mendengar kata-kata Hizqil itu, Nabi Musa a.s. terus berjalan menuju ke arah timur negeri Mesir. Akhirnya baginda tiba di negeri Madyan. Kebetulan tempat pertama yang ditemuinya ialah suatu kawasan mata air. Di situ banyak terdapat gembala kambing biri-biri sedang memberi minum ternakannya. Mereka saling berebut untuk lebih dahulu memberikan air kepada ternakannya.

Di antara kumpulan gembala kambing biri-biri itu terdapat dua orang gadis sedang berusaha mencegah dan mengawal kambing biri-biri mereka tidak mendekati tempat air itu.

Ketika melihat perbuatan gadis-gadis itu, yang terpaksa menunggu, Nabi Musa a.s. berasa hairan, lantas baginda bertanya, “Mengapakah kamu berdua menunggu begitu lama untuk giliran memberi minum kambing-kambing kalian?”

Secara serentak gadis-gadis manis itu menjawab,
“Biasanya kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga semua gembala yang lain itu memulangkan ternakannya (kerana pengembala lain itu lelaki dan mereka sangat menjaga adab seperti yang diajar oleh bapa mereka), sedangkan bapa kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (terjemahan Al-Quran surah AI-Qasas ayat 23).

Setelah mendengar kata-kata kedua-kedua gadis tersebut, Nabi Musa a.s. terus menolong mereka. Baginda mengiring biri-biri kepunyaan kedua-kedua gadis itu ke tempat minuman. Dengan bersesak-sesak bersama kumpulan gembala yang lain, akhirnya baginda berjaya memberi minum semua biri-biri milik gadis-gadis itu.

Kedua-kedua gadis itu sangat berterima kasih kepada Nabi Musa a.s. Mereka dapat pulang lebih awal daripada biasa. Ayah mereka hairan melihat hal itu. Lantas kedua-kedua gadis tersebut menceritakan perihal seorang lelaki muda yang telah menolong mereka. Kemudian ayah mereka menyuruh anak sulungnya yang bernama Safura supaya memanggil Nabi Musa a.s.

“Maka datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua gadis itu berjalan malu-malu (penuh bersyariat). Dia berkata, “Bapaku (Nabi Syuib as)memanggil kamu untuk membalas kebaikanmu memberi minum ternakan kami.” (terjemahan al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).

Nabi Musa a.s. menerima pelawaan itu. Baginda berjalan di belakang Safura menuju ke rumah ayahnya. Dalam perjalanan itu angin bertiup agak kencang sehingga kain Safura terselak dan nampak betisnya. Oleh kerana khuatir kepada godaan nafsu maka Nabi Musa meminta agar Safura berjalan di belakangnya. Safura menerima saranan itu dengan senang hati. Setelah tiba di rumah ayah Safura, Nabi Musa a.s. menemui seorang lelaki yang sudah tua dan soleh Nabi Syuib a.s . Setelah berkenalan maka Nabi Musa a.s. menceritakan kisahnya yang menyebabkan baginda terpaksa merantau ke negeri itu. Nabi Syuib as bersimpati dengan nasib baginda, lantas berkata:

“Janganlah kamu takut. kamu telah selamat daripada orang-orang zalim itu.” (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 25).

Safura pula meminta agar ayahnya mengambil Nabi Musa a.s. sebagai pekerja mereka. Beliau berkata,

“Wahai bapaku, ambillah dia sebagai orang yang (bekerja) dengan kita. kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.”(terJemahanAl-Quran surah Al-Qasas ayat 26).

(Pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang tegapnya tubuh badan Nabi Musa dan raut wajahnya yang berjambang dengan istilah lelaki sejati)

Ayah Safura setuju dengan saranan anak gadisnya itu. Lantas beliau bertanya Safura mengenai Nabi Musa a.s. Maka Safura menceritakan hal kekuatan Nabi Musa a.s. ketika bersesak-sesakan untuk memberi minum ternakan mereka di tempat air itu. Safura juga tidak lupa menceritakan betapa mulia dan beradabnya Nabi Musa a.s. ketika dijemput datang ke rumah mereka. Malah menceritakan juga tentang sikap baginda semasa dalam perjalanan sewaktu kainnya tersingkap oleh tiupan angin kencang itu.
Apabila mendengar cerita itu, ayah Safura semakin yakin kepada Nabi Musa a.s. Beliau setuju mengambil baginda sebagai pekerja malah beliau sangat suka kalau pemuda berhati mulia itu mahu menjadi menantunya.

Untuk itu ayah Safura berkata,

“Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, dengan syarat bahawa kamu bekerja denganku selama lapan tahun, dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah atas kemahuanmu dan aku tidak hendak memberati (memaksa) mu, dan kamu insyaAllah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik.”

Nabi Musa a.s. setuju dengan usul itu lalu berkata,

“Itulah perjanjian antara aku dengan kamu. yang mana saja daripada kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tiada tuntutan tambahan atas diriku (lagi) dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan.” (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 27 dan 28).

Maka kahwinlah Nabi Musa a.s. dengan Safura. Dan baginda menepati janjinya untuk bekerja dengan keluarga itu. Baginda sempurnakan tugasnya selama sepuluh tahun dengan ikhlas dan penuh amanah.

Setelah genap sepuluh tahun bermukim di Madyan, maka Nabi Musa a.s. pun berhasrat untuk pulang ke Mesir. Baginda mahu membawa isterinya bersama. Setelah meminta izin daripada mertuanya, maka Nabi Musa a.s. pun bertolaklah menuju Mesir. Mereka dibekalkan beberapa ekor biri-biri yang dihadiahkan oleh ayah Safura.

Nabi Musa a.s. bersama isterinya menuju Mesir melalui semenanjung Sinai. Ketika itu udara sangat dingin. Mereka berjalan menyusuri bukit Tur bahagian barat. Cuaca amat gelap, awan mendung bergumpal-gumpal di angkasa disertai guruh dan kilat sambar-menyambar. Tidak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. Ketika itu Safura sedang sarat mengandung dan hampir akan bersalin.

Melihat keadaan itu, Nabi Musa a.s. berlari-lari untuk mencari api. Baginda menoleh ke kanan dan ke kiri. Tiba-tiba baginda melihat ada cahaya api di atas sebuah bukit yang tinggi. lantas baginda berkata kepada Safura,

“Tunggulah (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari (tempat) api itu atau (membawa) sesuluh api agar kamu dapat menghangatkan badan.” (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 29).

Nabi Musa a.s. berlari menuju tempat api itu. Ternyata kiranya itulah permulaan tugas untuknya menerima dan menyerukan risalah Allah s.w.t dan dilantik menjadi Rasul.

“Maka tatkala Musa sampai di (tempat) api itu, diserulah dia dari (arah) pinggir lembah yang sebelah kanan (nya) pada tempat yang diberkati. dari sebatang pokok kayu: “Ya Musa, sesungguhnya Aku adalah Allah, Tuhan semesta alam.” (terjemahan Al-Quran surah Al-Qasas ayat 30).

Maka sejak itulah Safura memulakan kehidupan baru sebagai pendamping setia Nabi Musa a.s. yang memikul tugas berat sebagai Rasulullah. Pembawa risalah untuk menyeru umat zamannya menuju jalan kebaikan, jalan yang diredai Allah s.w.t. Musa a.s. diurus untuk memerangi Firaun dan kaumnya yang sentiasa berbuat sewenang-wenangnya dan mengaku dirinya tuhan.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Silangkata Bercorak Islam 002



Salam, berikut adalah teka silangkata bercorak Islam yang soalannya merangkumi ilmu fardhu ain, pengetahuan am, sejarah,  sains dan lain-lain. Jawapan akan dikeluarkan setiap Jumaat, insyaAllah.




Soalan Silangkata 002:


Melintang


1. Kapal kecil yang mempunyai enjin berkuasa besar, digunakan untuk membawa kapal besar berlabuh dan mengeluarkan kapal tersebut dari pelabuhan. 

2. Orang yang mengamalkan ilmu tasawuf tapi tidak bersyariat atau tidak mengamalkan amalan feqah. 

3. Kalendar Islam mengikut peredaran bulan. 

4. Bermulanya waktu Zohor apabila ______ matahari. 

5. Diceritakan, ada seorang ahli ibadah di Akhirat nanti meminta agar dia dimasukkan ke dalam Syurga kerana banyaknya amalan yang dibuat olehnya, dia tak mahu sebab-sebab lain. Lantas Tuhan memerintahkan Malaikat agar ditimbang amalannya. Apabila ditimbang, berat amalannya tidak lebih dari setimbang sayap nyamuk. Tersipu-sipu dia, rupa-rupanya manusia akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga atas _______ Allah. Namun, tidak menafikan semua perintah Allah yang wajib mesti dibuat dan sunat eloklah buat, yang harus dijadikan ibadah, yang haram mesti dijauhkan, yang makruh eloklah tidak dibuat. Moralnya, beribadahlah tapi jangan merasakan ibadah kita sempurna, lebih-lebih lagi jangan merasakan diri kita baik...


Menegak


6. ______ ---> hasad dengki ---> fitnah --> pergaduhan ---> peperangan ---> pembunuhan --->kematian, kerosakan dan perpecahan. 

7. Orang tua yang uzur, tidak berupaya berpuasa Ramadhan, wajib membayar ______ .

8. Katakanlah _______ walaupun ianya pahit.

9. Mukjizat adalah perkara luar biasa yang dianugerahkan Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi, karomah pula diberi kepada ______.

10. Kurma = ______.



Jawapan minggu lepas,


Silangkata 001:



Peserta yang berjaya menjawab semua betul...


1) Aisyah binti Zawari

2) Hana binti Mahmud

3) Sofiatun binti Maher


Tahniah.
















Khamis, 10 Oktober 2013

Ahnaf bin Qais ra


Al Ahnaf bin Qais, nama sebenarnya, Al Dahhak bin Qais At Tamimi dari Bani Tamim. Oleh kerana sejak kelahirannya kakinya sudah tempang maka dia digelar Al Ahnaf dan akhirnya menjadi namanya oleh orang ramai Al Ahnaf bin Qais.

Beliau lahir di perkampungan Barat Yamamah di Daerah Najdi. Kehidupannya sebagai anak yatim kerana sedari dia merangkak lagi ayahnya telah terbunuh. Ini mendidik jiwanya sensitif dan peka terhadap suasana sekelilingnya.

Sebelum Rasulullah SAW wafat, baginda mengutuskan beberapa orang Sahabat utk berdakwah di tempatnya. Namun ajakan mereka tidak dijawab oleh kaumnya, melihatkan keadaan ini Ahnaf terus bersuara kepada kaumnya, "Wahai kaumku, kenapa kamu teragak-agak, sekejap ke hadapan sekejap ke belakang. Utusan yang datang kepada kamu ini adalah utusan yang baik. Mereka mengajak kamu supaya mengamalkan akhlak yang baik dan melarang kamu melakukan yang tidak baik. Demi Allah, semua yang dikatakan oleh mereka itu adalah baik. Terimalah seruan mereka ini supaya kamu akan beroleh kejayaan di dunia dan Akhirat", tegas Ahnaf yang sudah merasa keindahan Islam.

Apabila mendengar kata-kata itu, kaum mereka dengan mudah menerima Islam, termasuklah dirinya sendiri. Maka bergegaslah Pembesar-Pembesar kaumnya berjumpa Rasulullah kecuali Ahnaf kerana dia masih muda remaja. Namun begitu beliau telah didoakan Rasulullah dan diberkati Rasulullah SAW.



Sikapnya Ketika Bersama Sayyidina Umar ra



Beliau antara pemimpin yang dibimbing terus oleh Sayyidina Umar Al Khattab ra.
Dalam Penyerangan Persia, Panglima Perang Uthbah Bin Ghazwan telah menerima sepucuk surat dari Sayyidina Umar yg meminta dihantarkan 10 orang perajurit terbaik ke Madinah dengan segera. Antara 10 perajurit utama itu termasuklah Ahnaf Bin Qais.

Ketibaan mereka di Madinah disambut oleh Amirul Mukminin. Semasa duduk semajlis dengan Sayyidina Umar, maka bertanyalah Sayyidina Umar tentang hal-hal rakyat di tempat masing-masing. Kebanyakannya menjawab "tentang hal-hal rakyat secara umum Amirul Mukminin lebih tahu, karena Amirul Mukminin adalah pemimpinnya. Maka kami hanya melaporkan atas nama peribadi kami sendiri"

Namun apabila sampai giliran Ahnaf bercakap, maka Ahnaf pun melaporkan yang menunjukkan beliau sendiri turun padang di tempat beliau bertugas. “Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tentera kaum muslimin yang dikirim ke Mesir, mereka tinggal di daerah yang subur menghijau dan tempat yang mewah peninggalan Fir’aun”, ucap Ahnaf.

“Pasukan yang dikirim ke negeri Syam, mereka tinggal di tempat yang nyaman, banyak buah-buahan dan taman-taman seperti Istana. Manakala pasukan yang dikirim ke Persia, mereka tinggal di sekitar sungai yang melimpah air tawarnya, juga taman-taman buah-buah peninggalan Para Kaisar”, ujar Ahnaf.

Namun kami dikirim ke Basrah, mereka tinggal di tempat yang kering dan tandus, tidak subur tanahnya dan tidak pula menumbuhkan buah-buahan. Salah satu tepinya laut yang masin, tepi yang satunya lagi hanyalah hamparan yang tandus. Maka perhatikanlah kesusahan mereka wahai Amirul Mukminin. Perbaikilah kehidupan mereka, perintahkan Gabernor di Basrah untuk membuat aliran sungai agar mereka dapat memiliki air tawar untuk digunakan ternakan dan tanaman. Perhatikanlah mereka dan keluarganya, ringankanlah penderitaan mereka, karena mereka menjadikan hal itu sebagai tempat untuk berjihad fi sabilillah”, tambah Ahnaf.

Sayyidina Umar bersyukur dan takjub kerana Ahnaf sudah menjadi wakilnya dalam memikul tanggungjawab kepada rakyat. Ini diakui oleh perajurit yang lain bahawa Ahnaf adalah dari kalangan seorang pemimpin yakni pemimpin kepada Bani Tamim.

Sebelum pulang, Sayyidina Umar memberi bekal kepada Ahnaf. Namun, Ahnaf berkata, “Demi Allah wahai Amirul Mukminin, tiadalah kami datang dari jauh dan memukul perut unta selama berhari-hari demi mendapatkan bekal. Saya tidak memiliki keperluan selain keperluan kaumku seperti yang telah saya katakan kepada Amirul Mukminin. Jika Amirul Mukminin membuat tindakan susulan di tempat kami, itu sudah cukup bagi Amirul Mukminin”, tegas Ahnaf. Rasa takjub Sayyidina Umar semakin bertambah, lalu Sayyidina Umar berkata, “Pemuda ini adalah pemimpin penduduk Basrah”, tegas Umar.

Dalam pada itu hati Ahnaf amat malu dan terasa didikan Amirul Mukminin apabila Sayyidina Umar menyedari dia telah tersimpan kain yang berlebihan dari kadarnya apabila bagasi belakang kudanya tersembur keluar. Peringatan ini amat diingatinya sampai bila-bila apabila Sayyidina Umar berpesan, “Ambillah bagi kalian yang diperlukan dan gunakan kelebihan harta kalian pada tempatnya, agar ringan beban kalian dan banyak mendapatkan pahala”, Ahnaf tertunduk malu mendengar nasihat Amirul Mukminin itu.


Selepas itu, perjumpaan Ahnaf dengan Sayyidina Umar berlangsung satu tahun. Yakni berkursus terus dengannya selama setahun. Sayyidina Umar merasakan bahwa Ahnaf adalah kader yang memiliki keperibadian yang mulia setelah mengujinya. Kemudian, Amirul Mukminin mengutus Ahnaf untuk memimpin pasukan ke Persia. Sayyidina Umar berpesan kepada panglimanya, Abu Musa al-Asy’ari ra, “Untuk selanjutnya ikutkanlah Ahnaf sebagai pendampingmu, ajak dia bermusyawarah dalam segala urusan dan perhatikanlah usulannya”, ujar Sayyidina Umar.

Ahnaf memang masih sangat belia. Tetapi, Ahnaf salah seorang tokoh dari Bani Tamim yang sangat dimuliakan kaumnya. Kaum Bani Tamim sangat berjasa dalam penaklukan musuh dan mempunyai prestasi yang cemerlang dalam berbagai peperangan. Termasuk dalam peperangan besar penaklukan kota Tustur dan menawan pemimpin mereka yang angkuh yaitu Hurmuzan.

Hurmuzan adalah pemimpin Persia paling berani dan kuat serta keras. Hurmuzan juga ahli dalam strategi perang, dan telah berkali–kali mengkhianati kaum muslimin.

Tatkala dalam posisi terdesak dan hampir kalah dengan tentera Muslimin di salah satu bentengnya yang kukuh di Tustur, dia masih bersikap sombong. “Aku punya seratus batang panah. Dan demi Tuhanku, kalian tidak mampu menangkapku sebelum habis panah-panah ini!”, ujarnya

Serangan yang diketuai Anas bin Malik bersama Ahnaf bin Qais itu dengan mudah dapat mengalahkan Hurmuzan dan berjaya menangkapnya hidup-hidup. Namun Hurmuzan mohon agar dia dapat berbicara dgn Sayyidina Umar terlebih dahulu. Maka disarunglah pakaian kebesarannya kain sutera bertakhta permata dan berlian yang diiringi oleh Ahnaf dan Anas ke Madinah.

Sesampai di Madinah terkejut besarlah Hurmuzan bahawa ketua orang mukmin itu sekadar berbaring di bawah pohon kurma tanpa ada pengawal peribadi. Sayyidina Umar tidak sudi berbicara dengannya selagi tidak menanggalkan pakaian kebesarannya. Hurmuzan yang kagum dengan tawadhuk dan zuhudnya Sayyidina Umar dengan mudah menerima arahan Sayyidina Umar.
Dengan menunduk lesu, Hurmuzan serta penuh dengan kehinaan dirinya, dia berkata, “Wahai Umar, pada masa jahiliyah, ketika antara kalian dengan kami tidak ada Rabb, kami selalu menang atas kalian. Tapi setelah kalian memeluk Islam, Allah menyertai kalian, sehingga kami kalah. Kalian menang atas kami memang karena hal itu, tetapi juga karena kalian bersatu, sedangkan kami bercerai berai”, ungkap Hurmuzan. Hurmuzan mengucap 2 kalimah syahadah di tangan Sayyidina Umar.



Sikapnya Ketika Zaman Saiyyidina Ali KWJ



Beberapa sahabat seperti Ahnaf bin Qais At-Tamimi memahami keperluan Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Menurutnya, pembunuhan terhadap Osman jelas perbuatan yang harus diambil tindakan. Tetapi, suasana saat itu sangat tidak memungkinkan bagi Khalifah Sayyidina Ali untuk mengambil tindakan tegas. Pada saat yang sama, Ahnaf mencium adanya gelagat orang ketiga yang menghendaki terjadinya pertikaian.

Atas dasar itu, ia berusaha mencegah agar tidak terjadi pertempuran. Namun usahanya tetap gagal. Di akhir perbincangannya dengan Sayyidina Ali bin Abi Thalib ia sempat memberikan pilihan. “Aku berperang di pihak Amirul Mukminin atau aku mencegah 10,000 pedang tertuju pada Amirul Mukminin?” tanya Ahnaf.

Menghadapi tawaran itu, dengan bijak Khalifah Sayyidina Ali menjawab, “Cegahlah 10,000 pedang terhadapku.”

Dengan jawaban itu, Ahnaf memutuskan untuk menjauhkan diri bersama 10,000 pasukannya. Ia tidak sampai hati menghadapkan senjata terhadap Ummahatul Mukminin, Saiyidatina Aisyah binti Abu Bakar rha dalam Perang Jamal(Perang hasil keputusan ijtihad para Sahabat).



Sikap Tegasnya Di Zaman Muawiyah bin Abu Sufyan



Selepas wafatnya Sayyidina Ali, Pemerintahan Islam beralih kepada Kerajaan Bani Umaiyah. Ketika Damsyik sedang menikmati musim bunga yang sedang mekar bunga-bunganya di taman-taman yang menyegar dan mengharumkan, istana Pemerintah, Muawiyah bin Abu Sufian turut bersiap sedia untuk menerima para tetamunya.

Sebaik sahaja tetamu pertama dipelawa masuk menghadap Khalifah, adik perempuannya, Ummu Hakam bin Abu Sufyan bergegas mengambil tempat duduknya di sebalik tabir. Ummu Al Hakam mahu mendengar hadis-hadis Rasulullah SAW yang diperdengarkan di dalam majlis khalifah ini. Selain daripada ingin mengambil kesempatan untuk mendengar kisah-kisah menarik, syair-syair yang indah dan bimbingan nasihat yang akan disampaikan dalam majlis ini.

Ummu Hakam adalah seorang wanita pintar, bersemangat tinggi dan sentiasa mencari sesuatu yang baik. Ummu Hakam mengetahui, abangnya akan mengizinkan rakyatnya menghadap berdasarkan darjat mereka dalam masyarakat. Muawiyah akan menjemput terlebih dahulu sahabat Rasulullah SAW kemudian diikuti oleh tabiin yang ternama, para ulama dan mereka yang berkedudukan.

Cuma kali ini, Ummu al Hakam mendapati abangnya menerima tetamu pertama yang tidak disenanginya. Ummu al Hakam mendengar Muawiyah berkata, "Wahai Ahnaf, setiap kali saya teringat Perang Siffin saya akan teringatkan engkau dan pendirianmu yang menyebelahi Ali bin Abi Talib"

Dengan berani Ahnaf menjawab, "Wahai Muawiyah, hati-hati yang khilaf denganmu masih tersimpan dalam jiwa ini. Pedang yang kami gunakan untuk  pertahankan ijtihad kami masih lagi ada di tangan kami. Jika engkau bersedia untuk berdamai kami akan lebih bersedia untuk berdamai. Namun jika engkau bersedia untuk berperang kami akan lebih bersedia untuk berperang. Demi Allah, kami datang ke sini bukan kerana mengharapkan hadiahmu atau kerana kami takut kepada ancamanmu. Kami datang untuk memperbaiki hubungan, untuk mengukuhkan perpaduan dan suara umat Islam."

Sebaik sahaja habis berkata-kata, lelaki ini berpaling dan beredar. Apabila mendengar kata-kata itu, Ummu Hakam terdorong untuk menyelak tabir di hadapannya. Dia ingin melihat siapakah yang memulangkan buah keras dan memberikan jawapan yang begitu keras kepada Khalifah.

Ummu al Hakam lihat lelaki itu berjalan tempang keluar istana....

Ummu al Hakam memandang abangnya sambil berkata,"Wahai Pemerintah, siapakah orang yang mengugut dan mengancam Pemerintah di tengah-tengah istana ini?"

"Orang ini jika dia bertindak, 100 ribu orang Bani Tamim lagi akan bertindak tanpa mengetahui sebab mereka berbuat begitu. Dia ialah Ahnaf bin Qais pemimpin Bani Tamim. Orang Arab yang Unggul, seorang Pejuang dan Penakluk", jawab Muawiyah sambil memandang Ahnaf pergi.



Akhlaknya Yang Tertonjol



Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan mengeji al-Ahnaf. Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak membalas kejian dan makian tersebut. Kejian dan makian tersebut tidak diendahkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap mengikut langkah kakinya dan terus mengutuknya. Lagak al-Ahnaf masih seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya tadi lantas berkata: “Jika masih ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-kata mu dan mula menyakitimu”.


Dalam kisah yang lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya. Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan menghina al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf berkata kepadanya: “Ini dia makanan tengah hari kami. Mari makan bersama kami”.

Ajakan al-Ahnaf itu sungguh-sungguh ikhlas dari hatinya. Bukan ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu. Usahanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sia-sia dan tidak bermanfaat.



Sentiasa Mengambil Pengajaran Dan iktibar Dalam Setiap Situasi




Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab, ” Aku belajar dengan Qais bin Asim (bukan bapanya) iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi panggang yang masih panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman, ”Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi bermula hari ini aku akan membebaskan kamu.” Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim”, Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.


Al Ahnaf bin Qais RA wafat pada 67H



Pada diri beliau ada contoh tauladan yang baik. Paling nak diikuti adalah bagaimana beliau sangat cemerlang dalam kebenaran sebagai pengikut yang taat kepada seorang Amirul Mukminin ke Amirul Mukminin yang lain atau Khalifah yang silih berganti. Kelebihan dirinya, beliau sangat beradab dengan setiap pemerintahan yang ada, sentiasa merujuk pemimpin, tindakan yang bagaimana nak dibuat dan sebagainya. Pada dirinya ada akhlak mulia yang tertonjol dan luas ilmu kebenarannya dan kepimpinannya.

Isnin, 7 Oktober 2013

Sebentar Lagi Dia Akan Datang Kepada Kami



Pesankan kepada isteri agar jiwa mereka hidup....


Bidadari Syurga, makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, buat manusia yang layak untuk memasuki Syurga.

Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh Malaikat Penjaga Syurga.

Kerana kerinduan kepada suami mereka membuak-buak, suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan kerana itu mereka telah diizinkan Allah.

Bidadari-bidadari ini dapat kenal siapa suami mereka kerana di dada bidadari telah tertulis nama suami yang mereka rindui dan cintai.... Apabila menoleh sahaja ke bumi, maka terlihatlah bidadari-bidadari itu akan isteri bagi suami mereka di dunia itu sedang tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami.

Lalu bidadari syurga yang sangat merindui suaminya di Syurga Akhirat itu sedih dan hiba lalu berkata; “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu.  Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.”

Ulang sekali lagi....

“Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu.  Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.”

Ulang sekali je lagi...

“Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu.  Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.” 

Ahad, 6 Oktober 2013

40 dan 60



Biar Al Quran dan Hadis berbicara tentang umur 40 dan umur 60 tahun


Tentang Umur 40:


وَوَصيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتى إِذَا بَلَغَ أَشُدهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ التِي أَنْعَمْتَ عَلَي وَعَلَى وَالِدَي وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya
aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri)."
(Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“ Jika seseorang telah mencapai umur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih banyak dari kejahatannya maka syaitan akan mengusap usap wajahnya sambil berkata; 'demi ayahku wajah ini tidak akan beruntung '

Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
“Siapa yang sudah berumur 40 tahun sedangkan kebaikannya tidak lebih baik dari keburukannya, maka hendaklah ia bersiap siap masuk Neraka”


Tentang Umur 60tahun:


Ada hadis menyebut:
"Kebanyakan umur umatku adalah 60-70 tahun. Sedikit daripada mereka yang lebih daripada itu".

Sabda Rasulullah saw,
"Allah swt tidak akan menerima dalih/alasan seseorang sesudah Dia memanjangkan usianya hingga 60 tahun".
(HR Al-Bukhari).

Firman Allah:
"Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang (dipanjangkan umurnya), juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah".
(Fatir [35] : 11)

Firman Allah lagi:
"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?"
(Yasiin [ 36 ] : 68)

Firman Allah lagi:
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: 'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan.' Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun". (Fathir [ 35 ] : 37)

Rasulullah saw bersabda:
"Tak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya, dihabiskan untuk apa; tentang masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan".
(HR At-Tarmidzi).

Dalam Hadis Qudsi, Firman Allah SWT,
"Demi kemuliaan-Ku, keagungan-Ku, dan keperluan hamba-Ku kepada-Ku, sesungguhnya Aku merasa malu menyiksa hamba-Ku, baik laki-laki mahupun perempuan, yang telah beruban kerana tua dalam keadaan muslim".

Dalam hadits lain Rasulullah SAW bersabda,
"Sebaik-baik di antara kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya". (HR At-Tarmidzi).

(Peringatan juga buat diriku yang sudah mencecah 40 tahun pada tahun ini)

Sabtu, 5 Oktober 2013

Kisah Nabi Ibrahim 'selamatkan' Nabi Ismail



Kisah Nabi Ibrahim sangat mengambil tahu siapa yang patut dijadikan oleh anaknya Nabi Ismail sebagai isteri...



Suatu hari, di kesempatan yang ada walaupun telah mendengar lama anaknya sudah berkahwin, NabiAllah Ibrahim as meluangkan masa ke rumah anaknya dan kebetulan pula anaknya Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isteri Nabi Ismail tidak kenal dengan bapa mertuanya. Kedatangan Nabi Ibrahim telah disambut dengan kasar menyebabkan Nabi Ibrahim terkesan di hati.

Nabi Ibrahim tahu yang menantunya itu tak mengenalinya selama ini sebab keterbatasan masa kerana berdakwah dan kejauhan jarak rumah antara satu sama lain, walaupun begitu, setidak-tidaknya tidaklah berkasar walaupun kepada orang yang tidak dikenali. Kalau begitulah kasarnya, eloklah baginda belum memberitahu yang baginda itu mertua kepada menantunya. Cukuplah baginda meninggalkan pesan sebelum pulang kepada menantunya, "Nanti kalau suami balik, minta dia 'tukar alang-rumah' kepada yang baru sebab alang-rumah ni dah dimakan anai-anai".

Bila Nabi Ismail balik ke rumah, isterinya pun menceritakanlah pesanan lelaki yang datang ke rumahnya tadi. Nabi Ismail bertanya bagaimana rupa bentuk lelaki yang datang itu. Isterinyapun menggambarkan rupa lelaki tersebut begitu-begini-begitu-begini kepada suaminya tanpa menyedari maksud tersirat di sebalik pesanan itu. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail sangat tahu di sebalik kata-kata simbolik ayahnya, bahawa isterinya bukanlah dari kalangan wanita yang berakhlak, lalu tanpa berlengah lagi diceraikannya isterinya itu selepas diberi penerangan oleh Nabi Ismail.

Tak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantunya. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya kali ini melayan dengan penuh sopan-santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik sekali lagi Nabi Ibrahim berpesan, "katakan kepada suamimu bila dia balik nanti, alang-rumah ini sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain".


Inilah perkahwinan yang dicatur oleh Allah SWT kepada Nabi Allah Ibrahim agar mengahwinkan Nabi Ismail dengan wanita yang kuat agamanya dan baik pekertinya. Hasilnya dari keturunan inilah melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim.Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

Nabi Muhammad s.a.w. (Muhammad bin Abdullah)
Abdullah bin Abdul Muttalib
Abdul Mutallib bin Hashim
Hashim bin Abdul Manaf
Abdul Manaf bin Qusai
Qusai bin Kilab
Kilab bin Murrah
Murrah bin Kaab
Kaab bin Luay
Luay bin Ghalib
Ghalib bin Fahr
Fahr bin Malik
Malik bin An-Nadr
An-Nadr bin Kinanah
Kinanah bin Khuzaimah
Khuzaimah bin Mudrikah
Mudrikah bin Elyas
Elyas bin Mudar
Mudar bin Nizar
Nizar bin Ma'ad
Ma'ad bin Adnan
Adnan bin Add (Pemerintah Pertama bagi kota suci Makkah)(lahir tahun 122 SM)
Add bin Humaisi
Humaisi bin Salaman
Salaman bin Aws
Aws bin Buz
Buz bin Qamwal
Qamwal bin Obai
Obai bin Awwam
Awwam bin Nashid
Nashid bin Haza
Haza bin Bildas
Bildas bin Yadlaf
Yadlaf bin Tabikh
Tabikh bin Jahim
Jahim bin Nahish
Nahish bin Makhi
Makhi bin Ayd
Ayd bin Abqar
Abqar bin Ubayd
Ubayd bin Ad-Daa
Ad-Daa bin Hamdan
Hamdan bin Sanbir
Sanbir bin YathRabi
YathRabi bin Yahzin
Yahzin bin Yalhan
Yalhan bin Arami
Arami bin Ayd
Ayd bin Deshan
Deshan bin Aisar/Aizar
Aisar bin Afnad
Afnad bin Aiham
Aiham bin Muksar
Muksar bin Nahith
Nahith bin Zarih
Zarih bin Sani
Sani bin Wazzi
Wazzi bin Adwa'
Adwa' bin Aram
Aram bin Haidir
Haidir bin Ismail (anak Nabi Allah Ismail) (dipanggil Kedar dalam Injil Kristian)
Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail a.s.)
Ibrahim bin Azar (Nabi Ibrahim a.s.)

Nota tambahan: Periwayatan tentang salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW adalah mengikut maklumat yang diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan Islam, pakar-pakar Sejarawan. Nama betul mereka berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Bahasa Aram ataupun Bahasa Ibrani.

Silangkata Bercorak Islam





Salam, berikut adalah teka silangkata bercorak Islam yang soalannya merangkumi ilmu fardhu ain, pengetahuan am, sejarah dan lain-lain. Jawapan akan dikeluarkan setiap Jumaat, insyaAllah.


Soalan Silangkata 001:


Melintang


1. Orang kafir yang patuh kepada Sistem Pemerintahan Islam.

2. Fitnah yang paling besar di akhir zaman.

3. Bilangannya melebihi ikan di lautan, kejadiannya menunjukkan Maha Besarnya Allah dan Maha Hebatnya Allah. They never says "no" .

4. Sistem kewangan yang banyak diamalkan pada Zaman Kegemilangan Islam oleh Kerajaan Othmaniah dan terbukti mampu membiayai negara-negara dibawah naungan empayarnya.

5. Kalau tidak boleh membuat semua kebaikan, jangan tinggalkan ________.

6. Salah satu dari 3 serangkai ilmu fardhu ain dalam Islam.

7. Apabila tanwin atau nun mati bertemu dengan huruf ba, apakah hukum tajwid tersebut?



Menegak


8. Golongan manusia yang merempat, makan minum mereka terpaksa dijaga dan mengharapkan ihsan orang, ada antara mereka yang tiada tempat tinggal.

9. Dalam menghayati ilmu Tauhid, kepercayaan dan keyakinan kepada Rukun Iman yang enam mestilah 100% yakin, tidak boleh dicelahi syak, ______ dan waham.

10. Jihad yang paling besar dan berterusan serta tiada hentinya.

11. Seorang penternak mempunyai 40 ekor kambing yang cukup umur 2 tahun, beliau telah memberi seekor kambingnya kepada salah seorang asnaf yang telah ditetapkan oleh syarak. Apakah nama pemberian tersebut?


Berikut adalah jawapan teka silangkata lalu:




Telah dijawab betul semua oleh:

1) Sofiah binti Maher
2) Muflihah Najihah binti Khusaini
3) Nurul Athifatul Hana binti Mahmud
4) Siti Fatimah Aina binti Nizam
5) Aisyah binti Zawari

Tahniah.


Jumaat, 4 Oktober 2013

Besarnya Keburukan Mengumpat




Mengumpat adalah menceritakan kelemahan/keburukan/kecacatan sebenar seseorang atau kumpulan tertentu tanpa disedari oleh orang itu atau kumpulan yang diumpat.

Perkara yang diumpat itu kalau diketahui oleh mangsa umpatan itu sangatlah tidak disukai olehnya.



Hanya 6 keadaan saja menurut Islam, kita dibolehkan menyebut keburukan seseorang.


1) Supaya orang yg teraniaya oleh kezaliman seseorang dapat pembelaan sewajarnya dengan menyebut kejahatan si zalim kepada Hakim

2) Disebut kejahatan untuk mencungkil punca kejahatan itu dilakukan.

3) Untuk mengeluarkan sesuatu hukum, perlu mengetahui cerita sebenar.

4) Supaya kejahatan yang sudah sampai merosakkan itu dijauhi masyarakat.

5) Supaya dikenali orang. (Kerana sesetengah orang sudah popular dengan gelaran tertentu contohnya "Mad yang mata sepet tu...").

6) Bila seseorang itu sengaja buat kejahatan dan bermegah dengan kejahatannya.




Mari kita lihat keburukan mengumpat:


1) Kita telah membuka aib orang, maka tunggulah masa yang dijanjikan Tuhan untuk aib kita dibuka seluas-luasnya bila-bila masa dari sekarang.

2) Boleh jadi orang yang kita umpat itu sudah bersedia (sabar dan redho) menjadi mangsa umpatan, rohnya akan meningkat mendadak, tapi kita yang seronok mengumpat ni boleh tahan ke diumpat. Kata Ulamak "Orang yang mengumpat adalah orang yang paling tidak tahan diumpat".

3) Kita telah menyebabkan orang lain telah berubah pandangan kepada seseorang (yang diumpat), kalau selama ini orang itu baik, maka kita telah menjadikan orang yang kita umpat itu jahat sejahat-jahatnya pada pandangan orang.

4) Kita telah memecah-belahkan masyarakat dalam sekelip mata yang selama ini diikat erat dengan berkasih sayang. Ibarat senangnya nak meruntuhkan bangunan yang bersusah payah dibina sebelum ini.

5) Musuh akan menggunakan peluang ini untuk menghancurkan organisasi dan perpaduan sesuatu kepimpinan.

6) Kita sudah menutup pintu pembelaan kepada orang yang diumpat itu.

7) Kita telah meramaikan team pengumpat atau menambahkan team yang mendokong apa-apa saja yang kita umpat. Sebab syaitan sudah mengindahkan atau mencantikkan bahan yang diumpat dengan gelak tawa atau bahan lawak yang mengilai-ngilai.

8) Kalau kita jenis orang yang tidak istiqomah koreksi diri setiap hari, kita tak rasa berdosa terhadap kerja mengumpat kita. Maka bertimbun-timbunlah dosa yang nak dibawa kepada Tuhan.

9) Susah nak minta maaf sebab kita melibatkan dosa sesama manusia. Kalau kita jenis ego yang besar, nak minta maaf adalah sesuatu yang mustahil nak dilakukan. (Mahu tak mahu kena tempuh juga).

10) Menurut Kajian Tentang Komunikasi Di Kalangan Manusia mendapati bahawa apabila berita tentang isu 'x' dibawa, maka apabila berita itu sampai kepada orang yang kelima atau ke enam atau seterusnya isu 'x' itu telah ditokok tambah... Maka makin besarlah kerosakan yang akan kita cipta. Rasa-rasanya dosa kita akan makin kecil atau makin besar?.


Firman Allah SWT: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati. Jika demikian, balasan orang yang mengumpat , maka sudah pasti kamu jijik kepadanya".
(Al-Hujurat:12)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Pada satu ketika Aisyah r.ha bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang sangat pendek. lalu Aisyah berkata kepada Rasulullah,
" Ya Rasulullah, pendeknya orang itu." Sabda Rasulullah s.a.w, " Ya Humairah, sesungguhnya kamu telah mengumpatnya."Aishah menafikannya dan mengatakan, " Itu benar Ya Rasulullah." Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Yang benar itulah yang dikatakan mengumpat. jika perkara itu tidak benar, maka itu dikatakan dusta dan makin bertambahlah dosa kamu." lalu Rasulullah menyuruh Aishah r.ha pergi memohon maaf kepada lelaki itu.


Sajak:

Pengumpat Tidak Tahan Diumpat


Orang yang selalu mengata orang biasanya dia tidak tahan dikata orang

Orang yang selalu mengumpat orang biasanya tidak suka diumpat orang

Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang

dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita

Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat


Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,

dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati jika dia dikata dan diumpat

Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri

Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan dan kesilapan

Kerana itulah dia tidak minat hendak mengata dan mengumpat orang

Kalau dia dikata dan diumpat orang, dia tidak begitu terasa apa-apa

Bahkan mungkin hati kecilnya berkata patut dia dikata, kerana dia manusia yang lemah juga

Dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri

Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas di atas kejahatan orang itu


Begitulah seterusnya orang yang sombong, pantang orang lain sombong dengannya

Kesombongan orang lain terhadap dirinya, dia tidak sanggup menerima cabaran

Di sini baru kita faham, orang yang nampaknya macam berani dan garang,

selalu sahaja mengumpat orang dan sombong dengan orang

Sebenarnya jiwanya tidak kuat, tidak mampu kena cabar

Di sebalik nampaknya garang tersembunyi sifat penakut dan pengecut


Tapi orang yang tenang, tidak nampaknya riuh-rendah sebenarnya jiwanya kuat

Di sebalik ketenangannya tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya

Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa

Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran


29 Muharam 1421H