Salam, berikut adalah teka silangkata bercorak Islam yang soalannya merangkumi ilmu fardhu ain, pengetahuan am, sejarah, sains dan lain-lain. Jawapan akan dikeluarkan setiap Jumaat, insyaAllah.
Soalan Silangkata 002:
Melintang
1. Kapal kecil yang mempunyai enjin berkuasa besar, digunakan untuk membawa kapal besar berlabuh dan mengeluarkan kapal tersebut dari pelabuhan.
2. Orang yang mengamalkan ilmu tasawuf tapi tidak bersyariat atau tidak mengamalkan amalan feqah.
3. Kalendar Islam mengikut peredaran bulan.
4. Bermulanya waktu Zohor apabila ______ matahari.
5. Diceritakan, ada seorang ahli ibadah di Akhirat nanti meminta agar dia dimasukkan ke dalam Syurga kerana banyaknya amalan yang dibuat olehnya, dia tak mahu sebab-sebab lain. Lantas Tuhan memerintahkan Malaikat agar ditimbang amalannya. Apabila ditimbang, berat amalannya tidak lebih dari setimbang sayap nyamuk. Tersipu-sipu dia, rupa-rupanya manusia akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga atas _______ Allah. Namun, tidak menafikan semua perintah Allah yang wajib mesti dibuat dan sunat eloklah buat, yang harus dijadikan ibadah, yang haram mesti dijauhkan, yang makruh eloklah tidak dibuat. Moralnya, beribadahlah tapi jangan merasakan ibadah kita sempurna, lebih-lebih lagi jangan merasakan diri kita baik...
Menegak
6. ______ ---> hasad dengki ---> fitnah --> pergaduhan ---> peperangan ---> pembunuhan --->kematian, kerosakan dan perpecahan.
7. Orang tua yang uzur, tidak berupaya berpuasa Ramadhan, wajib membayar ______ .
8. Katakanlah _______ walaupun ianya pahit.
9. Mukjizat adalah perkara luar biasa yang dianugerahkan Allah SWT kepada para Rasul dan Nabi, karomah pula diberi kepada ______.
10. Kurma = ______.
Jawapan minggu lepas,
Silangkata 001:
Peserta yang berjaya menjawab semua betul...
1) Aisyah binti Zawari
2) Hana binti Mahmud
3) Sofiatun binti Maher
Tahniah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan