Kisah Melahirkan Umar bin Abdul Aziz, Satu Caturan Perkahwinan Yang Rapi Saiyidina Umar bin Khattab ra.
Bagi menyelamatkan keluarga kita yang hidup di Akhir zaman ini. Di mana kita semua akan berdepan dengan segala kerosakan, sebesar-besar maksiat, dan kemuncak fitnah iaitu fitnah Dajal. Perlu ilmu, panduan, bimbingan yang berterusan agar kita selamat menempuh semua ujian ini.
Jika dilihat umur kita, lazimnya sudah hampir setengah abad, kebanyakannya sekitar '50an', maka generasi di bawah kitalah, atau generasi anak-anak kitalah yang akan mendokong kebenaran atau ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Mereka jugalah yang akan menghadapi semua itu.
Maka kelahiran anak-anak pejuang ini mestilah dalam perancangan yang teliti melebihi perancangan Yahudi yang bertungkus lumus melahirkan anak-anak luar nikah mereka sebagai tentera-tentera Dajal dari masa ke semasa.
Ikuti kisah bagaimana liciknya Saiyidina Umar Al Khattab ra 'melahirkan' Umar ke-2 yakni Umar bin Abdul Aziz rahimahumullah.
Ceritanya begini...
Sedang Saiyidina Umar berehat-rehat di bawah sepohon pokok kerana keletihan setelah berjalan meninjau-ninjau kehidupan masyarakat di malam hari, maka terdengarlah oleh telinga Saiyidina Umar perbualan antara ibu dan anak dari dalam rumah yang tidak jauh dari tempat beliau berehat.
"Nak..., campurkanlah susu yang diperah tadi dengan air", kata si Ibu. "Jangan Ibu..., Amirul Mukminin sudah menetapkan peraturan untuk tidak menjual susu yang telah dicampur air" jawab anak perempuannya.
"Tapi banyak orang melakukannya nak..., campurlah sedikit, insyaAllah Amirul Mukminin tidak mengetahuinya", kata sang ibu cuba meyakinkan anaknya. "Wahai Ibu, Amirul Mukminin mungkin tidak mengetahuinya tapi Tuhan kepada Amirul Mukminin pasti melihat kita", tegas si anak menolak. Bercucuranlah air mata Saiyidina Umar mendengar tutur kata si anak perempuan yang takutkan Tuhan tadi.
Selepas memimpin solat Subuh berjemaah di masjid, baliklah beliau ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dipanggillah anaknya Asim bin Umar dan berkata "Sesungguhnya aku telah mendengar percakapan yang istimewa malam tadi, pergilah kamu ke rumah si anu dan selidikilah keluarganya".
Setelah diselidiki, mengadaplah Asim kepada ayahnya. Berkatalah Saiyidina Umar, "Pergilah dan temui mereka semula. Lamarlah anak gadisnya untuk menjadi isterimu. Aku lihat insyaAllah ia akan memberi berkat kepadamu dan anak keturunanmu. Mudah-mudahan pula ia dapat memberi keturunan yang akan menjadi pemimpin bangsa".
Maka bernikahlah Asim dengan anak gadis tersebut, hasilnya Saiyidina Umar dikurnia cucu bernama Laila bergelar 'Ummi Asim'.
Pada suatu malam, Saiyidina Umar telah bermimpi. Dalam mimpi tersebut, beliau telah melihat seorang pemuda dari keturunannya juga bernama Umar dengan kening yang cacat kerana luka. Pemuda ini memimpin masyarakat Islam seperti dia memimpin umat Islam. Saiyidina Umar pun menceritakan mimpinya kepada keluarganya. Walaupun Saiyidina Umar wafat tahun 644M, cerita itu terpendam di kalangan keluarganya sahaja.
Ummi Asim, telah berada 12 tahun di bawah pemerintahan Khalifah Saiyidina Othman RA sehingga 656M, kemudian dia menyaksikan 5 tahun pemerintahan Khalifah Saiyidina Ali KWJ hingga akhirnya Muawwiyah berkuasa dan mendirikan Kerajaan Bani Umayyah. Bergantinya Sistem Khalifah kepada Sistem Kerajaan sangat dirasakan ketika itu. Negara jajahan bertambah luas, penduduk bertambah banyak, ilmu dan teknologi berkembang. Tapi masyarakat semakin merindukan ukhwah, rindukan keadilan dan kesederhanaan Saiyidina Ali, Saiyidina Othman, Saiyidina Umar dan Saiyidina Abu Bakar.
Kafir Zimmi bersuara "Sesungguhnya kami merindukan Umar, bila dia datang ke sini, selalu dia bertanya khabar dan bertanyakan perniagaan kami, dia tanyakan juga kami adakah kami rugi selepas sesuatu keputusan yang beliau buat. Kami ikhlas membayar pajak berapapun yang dia minta."
Selepas tampuk pemerintahan Bani Umayyah diserahkan kepada anak Muawiyah, Yazid yang tiada pengalaman memimpin telah memburukkan pemerintahan Bani Umayyah berikutan pembunuhan Saiyidina Hussein bin Ali bin Abi Talib. Banyak para sahabat terbunuh.
Akan tetapi anak Yazid, Muawiyah bin Yazid seorang yang warak telah bertindak meninggalkan istana Bani Umayyah dan menolak untuk menggantikan ayahnya. Maka dikalangan Bani Umayyah telah melantik Marwan Bin Hakam dari keluarga Hakam untuk mengisi kekosongan tampuk pemerintahan walaupun di kalangan sahabat Nabi telah melantik Abdullah bin Zubair. Marwan bin Hakam telah memerintah lebih 10 tahun.
Selepas itu Abdul Malik bin Marwan memegang tampuk pemerintahan Bani Umayyah (685-705M), seorang yang soleh, ahli fiqh dan tafsir, raja yang terlepas dari masalah yang diwarisi bapanya Marwan bin Hakam.
Di zamannyalah Ummi Asim telah bernikah dengan Abdul Aziz bin Marwan, Gabenor Mesir. Dari perkahwinan itulah lahirnya Umar bin Abdul Aziz. Lahir di Halawan, salah satu kawasan perkampungan di Mesir pada tahun 61H. Umar hidup dalam kemewahan istana Bani Umayyah.
Namun begitu sedari kecil lagi beliau telah diuji kesakitan. Diceritakan, tanpa sengaja kuda jantan menendangnya sehinggakan keningnya robek nampak tulang kening. Semua orang menangis kecuali Abdul Aziz tersentak lalu tersenyum.
Sambil mengubat luka anaknya dia mengingatkan "Bergembiralah wahai Ummi Asim. Mimpi Umar bin Khattab insyaAllah benar, dialah anak dari keturunan Umar yang akan memperbaiki bangsa ini".
Selepas Abdul Malik bin Marwan, Umar Abdul Aziz telah menjadi Khalifah yang meniru pemerintahan Khulafaur Rasyidin. Negaranya telah dilimpahi berkat, serigala boleh berbaik-baik dengan kambing, hak rakyat sangat di jaga, harta kekayaan melimpah ruah sehingga tiada fikir miskin yang mahu mengambil zakat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan