Halaman

Khamis, 3 Oktober 2013

Julaibib ra



Secebis kisah buat contoh teladan semua...

Julaibib, seorang pemuda yang mendapat jolokan daripada Nabi SAW
"dia dari golonganku dan aku dari golongannya"


Ada seorang remaja di zaman Rasulullah SAW, Julaibib ra, beliau dikatakan seorang yang istilahnya kurang hensem, berambut kerinting, badannya pendek dan kulitnya kehitaman. Beliau ingin menamatkan kehidupan bujangnya tetapi semua lamarannya telah ditolak oleh keluarga masing-masing. Sehinggalah beliau sendiri berjumpa dengan Rasulullah...

Dalam keadaan muka Julaibib yang muram, telah diketahui oleh Rasulullah... Lalu Rasulullah menawarkan diri untuk menikahkan si Julaibib. Julaibib menyatakan kepada Nabi bahawa tiada siapa yang mahu bernikah dengannya, "aku tak laku" katanya. Jawab Nabi "tetapi kamu di sisi Allah bukan tidak laku"

Sejak hari itu terus meneruslah Nabi SAW mencari calon untuk Julaibib. Rasulullah sendiri yang memulakan bicara kepada seorang lelaki Ansar yang menawarkan puterinya yang janda kepada Baginda. "Wahai saudara, nikahkan aku dengan puterimu". Seronok sungguh lelaki Ansar tersebut. "Tetapi bukan aku yang akan bernikah dengannya". Lalu untuk siapa, tanya lelaki tersebut. "Untuk Julaibib". Mendengar saja nama Julaibib seakan bapa tadi hendak menolak, tapi dilapiknya dengan "Wahai Rasulullah nanti aku tanyakan ibunya"

Sesampai di rumah, dimulakanlah bicara dengan isterinya "Rasulullah melamar anak kita...". Alhamdulillah sahut isteri. "Tapi bukan dengan Rasulullah, dengan Julaibib". Hah Dengan Julaibib! Aku sanggup beri leherku utk dipancung oleh Julaibib. Isterinya telah bertekad tak mahu menikahkan anaknya kepada Julaibib kerana baru sahaja menolak pinangan seseorang.

Atas kebingungan, suami isteri itupun nak berangkat menuju ke tempat Nabi SAW. Tiba-tiba terdengar suara memanggil mereka.. "Siapa yang melamarku untuk seseorang?" "Rasulullah" jawab mak-ayahnya. "Bawa sekali aku berjumpa dengan Rasulullah!", "Sungguh, baginda tidak akan mensia-siakan aku" bentak puterinya lagi.

Dalam perjalanan, sempat mereka berfikir akan benarnya kata-kata anaknya itu. Bila sampai sahaja kepada Nabi, terus sahaja berlaku majlis pernikahan anaknya dengan Julaibib. Bersyukurlah Julaibib, rupa-rupanya isteri yang dicarikan oleh Nabi bukan sebarang orangnya... Isteri yang taat dan rindukan Nabi di waktu ayah dan ibunya teragak-agak untuk taat kepada Nabi SAW

Selang beberapa hari selepas pernikahan, telah datang seruan Jihad oleh Rasulullah, Julaibib menyertainya. Berlakulah peperangan yang sengit, di mana tentera musyrikin telah ramai yang dibunuh dan terdapat juga tentera mukmin yang syahid. Setelah tamat perang, bertanyalah Rasulullah kepada tentera mukmin yg masih hidup, ada kalian kehilangan seseorang, sahabat lain menjawab ada, sahabat satu lagi jawab ada, begitulah seterusnya. Kata Nabi "Akan tetapi aku kehilangan Julaibib"

(oh Nabi, mulianya hatimu... Sebab itu dirimu sanggup duduk-duduk dengan orang miskin, sanggup makan sedulang dengan orang yang bernanah tangannya...)

Maka sahabat-sahabat Nabipun mencari tubuh syuhada Julaibib. Akhirnya terjumpalah jasad Julaibib di bawah timbunan 7 orang tentera musyrik. Rupa-rupanya Julaibib berjuang berhabis-habisan yang mana episod akhirnya beliau telah membunuh 7 orang musyrikin dan mereka telah membunuhnya pula.

Maka Nabipun menyambung sabda Baginda "Dia adalah dari golonganku dan aku dari golongannya"

Satu jaminan keselamatan untuk
Julaibib ra oleh Baginda Rasul SAW

Tiada ulasan:

Catat Ulasan