Pesankan kepada isteri agar jiwa mereka hidup....
Bidadari Syurga, makhluk yang sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, buat manusia yang layak untuk memasuki Syurga.
Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh Malaikat Penjaga Syurga.
Kerana kerinduan kepada suami mereka membuak-buak, suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan kerana itu mereka telah diizinkan Allah.
Bidadari-bidadari ini dapat kenal siapa suami mereka kerana di dada bidadari telah tertulis nama suami yang mereka rindui dan cintai.... Apabila menoleh sahaja ke bumi, maka terlihatlah bidadari-bidadari itu akan isteri bagi suami mereka di dunia itu sedang tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami.
Lalu bidadari syurga yang sangat merindui suaminya di Syurga Akhirat itu sedih dan hiba lalu berkata; “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu. Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.”
Ulang sekali lagi....
“Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu. Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.”
Ulang sekali je lagi...
“Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangi kamu! Sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisi kamu. Sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkan kamu.”
Gud2..besbes
BalasPadamMereka redho akan Allah dan Allah redho akan mereka,dan itu (jannatu adnin) adalah untuk barangsiapa yang takut akan Tuhannya
Padam