Sering terdengar bila bergaul dengan para remaja di kejiranan dan setempat yang masih terkial-kial mencari identiti, mereka sangat disokong oleh rakan senior ikutan mereka. Kawan-kawan begitu telah dijadikan tempat rujuk utama berbanding ibubapa mereka kerana mak ayah sibuk siang malam mencari rezeki yang masih tak mencapai tahap kemewahan hidup lantaran tidak ada masa bersama bersembang mesra dengan mereka. Bila ditanya soal solat, ramai yang tak cukup 5 waktu setiap hari. Bila dah itu saja rakan bergaul mereka seharian, berikut antara ayat-ayat yang sering digunakan mereka...
"Kami nakkan kebebasan..."
"Hidup kenalah enjoy baru seronok..."
"Kalau boleh nak couple-couple, bosanlah takde pakwe... Orang lain ada makwe takkan aku takde..."
"Mudakan sekali, kami nak merasa juga nikmat hidup...."
Maka, kalau situasi begini berterusan, tidak ditanam iman, tidak diberitahu tujuan manusia dihidupkan oleh Tuhan, tidak ada kawan-kawan baik yang boleh mengepung mereka, ibubapa yang tidak menghidupkan pendidikan di rumah, mereka akan terus menghadapi krisis demi krisis identiti. Remaja tersebut tidak kuat berprinsip. Maka bila datang
'penggodam' yang berupa rokok, dadah, lelaki hidung belang, perempuan jalang, takut-takut dek benteng pertahanan yang tidak kukuh, mereka mudah ditewaskan.
Sebelum terlambat....
Marilah, terus menerus mencari panduan hidup, atas kebenaran dan kehendak Allah SWT. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang boleh memperhaluskan akhlak kita sesama manusia dan akhlak kita dengan Tuhan. Kebenaran itulah Tuhan yang Maha Esa, mari kenaliNya,
tahu dan dapat merasakan Peranan Tuhan dalam kehidupan seharian kita agar kita makin cinta dan takutkan Tuhan. Natijahnya, itulah 'tempat' kita mengadukan masalah dan 'kawan setia' kita. Itulah juga benteng dan kuatnya kita menghadapi apa saja ujian kehidupan.
Kata-kata Hukama:
"
Kalau kita nak melihat, jatuh atau bangunnya sesebuah Negara, lihatlah kepada remajanya"
p/s Dalam Islam, muda itu dua kali....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan