Halaman

Jumaat, 29 November 2013

009, Silangkata Sewaktu Cuti...


Salam bermakna....

009, Silangkata Cuti Sekolah mahu semua pemuda-pemudi Islam terus mengekalkan cara hidup Islam, walau di mana jua anda berada....

Seperti biasa dipaparkan dahulu syarat penyertaan:

1) Terbuka kepada remaja Malaysia sehingga 25 tahun.
2) Sah sehingga Jumaat, 6 Disember 2013.
3) Keputusan Hakim adalah muktamad.
4) Lengkapkan slogankata berikut:
Saya berusaha menjawab soalan silangkata bercorak Islam kerana ..............................................................................................................
(tidak lebih dari 25 perkataan).

Hadiah berupa wang Tunai*

Pertama: RM10.00

3 Hadiah Saguhati: RM5 setiap satu.

*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.

(Hadiah ini datang dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)

Insya Allah jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.


Berikut adalah Silangkata 009:

 

Soalan Silangkata 009:

Melintang:

1) Firman Allah:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Jangan kamu campakkan diri kamu  ke dalam ________
(Al Baqarah: 195)


2) __________ tak tahan diumpat.

3) Haiwan yang hanya makan daun.

4) Luarannya nampak Islam, tapi hatinya penuh kekufuran.

5) Solat Sunat di sepertiga malam, satu tuntutan kepada semua Rasul dan Nabi tapi sunat bagi umat Nabi. Namun ianya satu kemuliaan....

Firman Allah SWT

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
(Al Israk: 79)

6) Kenderaan yang sering digunakan oleh peniaga dan pengusaha kecil-kecilan untuk membawa dan mengedar barang-barang jualan yang bersaiz kecil dan sederhana. Kadang-kadang ia juga digunakan untuk mengangkut penumpang.


Menurun:

1) Seringkali konsep dalam Islam ini selalu disalahertikan. Ada yang jadikan ianya sebagai alasan untuk malas beribadah dan alasan agar terus menerus mengejar 'habuan dunia' semata-mata. Kata mereka "50-50 lah", "dunia nak juga akhirat nak juga", "takkan nak kejar pahala je, nak enjoy-enjoylah juga". "ceramah agamapun kami dengar, karaoke dancing-dancer pun kami layan".

Sedangkan Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً

Wahai orang-orang beriman masuklah dalam agama Islam secara keseluruhannya

(Al Baqarah: 208)

dan


فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.

serta

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat kepada Mu'adz bin Jabal ketika pergi ke Yaman dan disampaikan juga kepada Abu Dzar al Ghifari radliyallah 'anhu:
اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya (perbuatan baik) akan menghapusnya (perbuatan buruk). Dan berperilakulah terhadap sesama manusia dengan akhlak yang baik." (HR. Ahmad dan al Tirmidzi, beliau menghasankannya).
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2010/03/15/3884/bertakwalah-di-mana-saja-engkau-berada/#sthash.0tqqv5Ds.dpuf
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat kepada Mu'adz bin Jabal ketika pergi ke Yaman dan disampaikan juga kepada Abu Dzar al Ghifari radliyallah 'anhu:
اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya (perbuatan baik) akan menghapusnya (perbuatan buruk). Dan berperilakulah terhadap sesama manusia dengan akhlak yang baik." (HR. Ahmad dan al Tirmidzi, beliau menghasankannya).
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2010/03/15/3884/bertakwalah-di-mana-saja-engkau-berada/#sthash.0tqqv5Ds.dpuf
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat kepada Mu'adz bin Jabal ketika pergi ke Yaman dan disampaikan juga kepada Abu Dzar al Ghifari radliyallah 'anhu:
اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya (perbuatan baik) akan menghapusnya (perbuatan buruk). Dan berperilakulah terhadap sesama manusia dengan akhlak yang baik." (HR. Ahmad dan al Tirmidzi, beliau menghasankannya).
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2010/03/15/3884/bertakwalah-di-mana-saja-engkau-berada/#sthash.0tqqv5Ds.dpuf
 Sabda Nabi SAW:

اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ

اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ - See more at: http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2010/03/15/3884/bertakwalah-di-mana-saja-engkau-berada/#sthash.0tqqv5Ds.dpuf
اتَّقِ الله حَيثُمَا كُنْتَ ، وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمحُهَا ، وخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ - See more at: http://www.voa-islam.com/read/aqidah/2010/03/15/3884/bertakwalah-di-mana-saja-engkau-berada/#sthash.0tqqv5Ds.dpuf

"Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya (perbuatan baik) akan menghapusnya (perbuatan buruk). Dan berperilakulah terhadap sesama manusia dengan akhlak yang baik.
(HR. Ahmad dan al Tirmidzi, beliau menghasankannya). 

7) Tidur yang disunnahkan sebelum zohor, untuk memulihkan tenaga agar selesa berqiamullail. Tapi jangan sampai masbuk solat jemaah zohor!

8)
قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu ber_________ dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 (Azzumar: 53) 
 لاَ تَيْئَسُوا مِن رَوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لا يَيْئَسُ مِن رَوْحِ اللّهِ إِلاّ الْقَومُ الْكَافِرونَ 
"Jangan kamu ber ___________ dari Rahmat Allah. Sesungguhnya tiada ber______ dari Rahmat Allah melainkan kaum yang kafir".
(Surah Yusof:87)

9) Terkini dan terbaru adalah teknologi _______. Pada dasarnya, teknologi ini ialah peluasan saintifik yang sedia ada ke skala 10−9 m. Salah satu aspek skala  yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Umpamanya, bahan-bahan yang legap menjadi lut sinar (tembaga); bahan-bahan yang stabil menjadi bahan boleh bakar (aluminium); pepejal menjadi cecair pada suhu bilik (emas); dan penebat menjadi konduktor (silikon). Kejayaan-kejayaan cemerlang dalam teknologi ini telah menghasilkan alat-alat kecantikan dan losyen-losyen pelindung cahaya matahari yang lebih baik, serta seluar kalis air.


Peserta silangkata yang menjawab semua betul, boleh mengisi borang tersebut .

Silangkata 009

Nama:.....................................
Umur:.....................................
Bandar:...................................
Negeri:....................................
No Akaun Maybank:.....................................
Lengkapkan slogankata berikut:

Saya berusaha menjawab soalan silangkata bercorak Islam kerana .............................................................................................................. (tidak lebih dari 25 perkataan).  

Jawapan saya:
Melintang
1)________
2)________
3)________
4)________
5)________
6)________
Menurun
1)________
7)________
8)________
9)________

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)

Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas

Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 008:


Peserta yang bertuah adalah.....

Pertama

1) Nor Amanina Mustaqimah binti Al Pahimi, 17 tahun, BCH Rawang Selangor


Saguhati 

1) Fatin Sakinah binti Rusman, 17 tahun, BCH Rawang, Selangor

2) Ainul Basyirah binti Hamed, 14 tahun, BCH Rawang, Selangor

3) Nur Iffah binti Ahmad Munif, 14 tahun, BCH Rawang, Selangor


(Semua hadiah telah dimasukkan ke akaun yang berkenaan)

Tahniah diucapkan.




 








Khamis, 28 November 2013

Masa Singkat Tapi Kebajikan Atau Kejahatan Meluas


Salam peringatan.

Ada hadis menyebut:
"Kebanyakan umur umatku adalah 60-70 tahun. Sedikit daripada mereka yang lebih daripada itu"

Tidaklah sekali-kali Allah SWT itu menzalimi makhluk yang diciptaNya. Terutama tentang umur umat Nabi Muhammad SAW yang pendek-pendek sekitar 60-70 tahun dan boleh bilang jari yang melebihi umur subsidi itu. Sedangkan umur umat Nabi-Nabi dahulu panjang-panjang malahan mencecah ribuan tahun. Ramai yang menganggap bila panjang umur baru boleh merasa semua nikmat Tuhan atas muka bumi ini dan boleh buat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya menurut masa umur panjang yang diperuntukkan kepada kita.

Sebab itu, orang melayu suka berdoa "Wahai Tuhan panjangkan umurku dan murahkan rezekiku". Sudahlah doa tersebut untuk kepentingan diri (sebab tak sebut panjangkan umur kami dan murahkan rezeki kami), bunyi doa itu macam baik, tapi dari segi bahasa, masih umum. Bahkan kita minta yang sedikit yakni 'minta rezeki yang murah!'. Sebab tu berdoa jangan sekadar burung kakak tua, sekadar boleh menyebut, tapi hendaklah faham dan menghayati apa yang dipohon.

Macam para pengejar tender projeklah, kelihatan mahu merebut tender besar, tapi dalam kertas kerja tulis tender kecil, sampai bilapun kita tak dapat tender yang besar-besar sebab salah permohonan.

Berbalik kepada berdoa tadi, kalau sekadar minta panjang umur dan mudahkan atau limpahkan rezeki, itu baru doa umum belum khususiah. Kalau kita berhenti setakat itu, kalau Tuhan makbulkan, 'terpeleot' kita. Apa tidaknya banyak orang, Tuhan telah beri nikmat yang banyak kepada mereka dan panjangkan umur mereka, tapi akhirnya mati tak sempat nak berbakti, tak sempat berterima kasih dan tak dapat nak bersyukur kepada Allah SWT, seperti Qarun dan orang-orang kaya yang lupa daratan.

Sepatutnya di samping kita mendoakan panjang umur dan limpahkan rezeki, mintalah pada Tuhan agar kita menjadi orang-orang yang bersyukur.

Kerana apa?

Firman Allah SWT
 
"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur".
(34:13)
 

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”
 (14:7)

Berbalik kepada umur umat Nabi Muhammad SAW yang pendek, udahlah pendek, banyak pula yang mati di usia muda. Lebih-lebih lagi, waktu kini tak payah pergi berperangpun boleh cepat mati. Antara insidennya, adalah seperti mati kemalangan jalan raya, mati kerana penyakit yang bermacam-macam seperti kanser, sakit jantung, diabetes, AIDS dan lain-lain. Tak kurang juga wabak aedes, H1N1, flu, kencing tikus dan sebagainya. Ditambah lagi dengan bencana taufan, tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, empangan pecah dan lain-lain.

Mana letaknya keadilan Tuhan? Kalau tak betul cara berfikir kita, maka di sinilah salah satu asas pemikiran orang yang tak mahu percayakan Tuhan atau lebih dikenali 'free-thinker'. Mereka beranggapan berlaku ketidakadilan Tuhan, lantas meminggirkan peranan Tuhan. Na'uzubillah dari kita berfikiran begitu.

Kasih sayang Tuhan dan Keadilan Allah SWT dilihat kepada teknologi maklumat yang diizinkanNya, tercipta dalam era umat Nabi Muhammad SAW. Seruan menyeru kepada kebaikan, menerima kalimah toiyibah, menasihati kesabaran, berpesan tentang kebenaran, mengajak amal makruf dan mencegah segala kemungkaran mudah dan cepat sampai ke telinga setiap manusia dengan adanya talipon, tv, hand phone, internet, facebook, what apps, blog, you tube, skype, sidang video, bacaan-bacaan online dan lain-lain. Di samping itu gerakan dakwah, toifah-toifah senantiasa wujud dan ada di setiap kurun. Tambahan lagi sudah ada alat telekomunikasi, jalan perhubungan yang pelbagai dan kenderaan-kenderaan yang canggih, semuanya memungkinkan mesej dakwah itu sampai dan meluas.

Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. berkata, “Rasulullah SAW. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mereka sentiasa berjaya”.
 (H.R. Bukhari)

Jadi tak bolehlah kita nak katakan kat orang, "ish! kesian orang tu, muda-muda lagi dah mati accident, tak sempat nak belajar agama",  sebab seruan agama sudah sepatutnya sampai ke telinga dia melalui teknologi yang diizinkan Allah SWT di akhir zaman ini.

Kelengkapan seperti yang disebutkan tadi, sudah cukup untuk membuktikan Maha Suci Tuhan dari menzalimi umat Nabi Muhammad SAW yang umurnya pendek-pendek.

Dan Kasih-Sayang Tuhan itu dapat dirasakan lagi apabila pahala setiap amalan yang dibuat oleh umat Nabi Akhir Zaman diganda-gandakan. Ada yang digandakan 10, ada yang 27, ada 700 dan ada yang tak dapat dihitung. Ada yang seumpama beribadah seperti 1000 bulan. Yang ini bonus untuk umat Nabi SAW yang merebut keutamaan dan Rahmat Allah dalam ibadah fardhu dan sunat.

p/s:
Tapi ingat, disamping medium di atas meluaskan kebaikan kepada kita ke seantero dunia, ianya juga boleh berlaku sebaliknya. Ibarat gunakan pisau untuk siang ikan dan potong sayur tak salah, yang salahnya bila gunakan pisau itu untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa

Sabtu, 23 November 2013

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera




Meskipun ada juga kekurangan dalam filem ini, namun setakat ini, inilah antara filem yang agak tertonjol yang mampu memaparkan sedikit sebanyak kisah Sultan Muhammad Al-Fateh....






Jumaat, 22 November 2013

Silangkata Bercorak Islam (008)

Salam ukhwah....
 

008 menghulurkan tangan merapatkan ukhwah dan kemesraan.

Syarat penyertaan:


1. Terbuka kepada semua remaja Malaysia sehingga berumur 25 tahun. 
2. Sah sehingga 29 Nov 2013
3.  Keputusan Hakim adalah muktamad.
Hadiah berupa wang tunai*

     Pertama: RM10.00
     3 hadiah saguhati: RM5 setiap satu.
*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.
 
(Hadiah ini datangnya dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)

InsyaAllah, jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.

Berikut adalah Silangkata 008


 Soalan Silangkata 008
 

Melintang:

1) Malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT mengawal di pintu Neraka.


2) Dalam Islam, _____ yang baik sudah mendapat ganjaran pahala, betapalah kalau dilakukan kebaikan tersebut. Berbeza dengan _____ jahat tidak dikira berdosa selagi tidak diperlakukan. Tapi eloklah jangan ada di hati langsung.

3) Panglima Islam yang ketiga gugur syahid di medan peperangan Muktah ketika menentang tentera Rom. Beliau adalah Abdullah bin ______ r.a.

4) Peperangan pada musim panas, jarak tempat berperang yang sangat jauh dari Madinah. Segelintir para sahabat diuji dengan ladang kurma yang sedang banyak ranum, orang munafik menarik diri dari berjihad kerana tak sanggup bersusah payah. Dalam membuat persediaan perang inilah Saiyidina Usman bin Affan r.a. berkorban dengan sebanyak-banyaknya iaitu sebanyak 900 ekor unta dan 100 ekor kuda siap dengan kelengkapan perang. Saiyidina Abu Bakar r.a mengorbankan seluruh hartanya manakala Saiyidina Umar r.a pula mengorbankan separuh dari hartanya.

 
Menurun:  

1) Hadis Nabi SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم  

Barangsiapa ___________ suatu kaum (kumpulan), maka dia tergolong dalam kaum (kumpulan) tersebut. 
 (HR Abu Daud)

Jadi berhati-hatilah dalam memilih fesyen, style rambut, dalam berpakaian, cara bercakap kerana kalau tiada bezanya fesyen kita, style kita, berpakaian kita, percakapan kita dengan bukan Islam, takut-takut kita tergolong dalam kumpulan tersebut. 

Bukan bermakna bila kita mengikut style seperti pakaian Nabi dan Para Sahabat kita dah jadi baik, tapi sekurang-kurangnya, kita sudah dikatakan Nabi sebagai golongannya.

5) Kalau nombor pecahan 1/2 atau 3/5, nombor 1 dan 3 terletak di atas garis pecahan dipanggil pengangka, dan nombor 2 dan 5 pula terletak di bawah garis pecahan dipanggil penyebut. Penyebut juga dikenali sebagai _______

6) Semua Sifat Allah SWT seperti Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Adil, Maha Lemah Lembut, Maha Mengetahui dan lain-lain, kita boleh mendapat 'cebisannya' atau menirunya kecuali ________

7) Sebaik-baiknya =  yang paling mulia = _________

8) Di akhir zaman, walaupun jumlah umat Islam ramai bagai gelembung-gelembung buih di lautan, tapi sangat terhina dan tidak berwibawa serta dapat dikeronyok oleh musuhnya dari semua sudut, dari kiri-kanan-atas-bawah-depan dan belakang kerana  _______ yakni penyakit cinta dunia dan takut mati.

9) Selain haji, menuntut umat Islam yang mampu wajib pergi beribadah seperti yang telah ditetapkan oleh syarak mengerjakannya di bumi Mekah, apakah ibadah lain yang menuntut  oleh orang yang ada kemampuan wajib ke sana.


Peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 008:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________



Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
Menurun
1)______

5)______
6)______
7)______
8)______
9)______

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)


Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.

Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 007:



Peserta yang bertuah adalah.....


Pertama


1) Mohd Dehyah bin Ahmad Zahri, 20 thn, Irbid, Jordan (Hadiah sudah masuk ke akaun berkenaan)


Saguhati

1) Muhammad Ammar bin Supardi, 11 thn, Tambunan, Sabah (Hadiah sudah masuk ke akaun berkenaan)

2) Fatin Sakinah binti Rusman, 17 thn, BCH Rawang, Selangor (Hadiah sudah masuk ke akaun berkenaan)

3) Nor Amanina Mustaqimah binti Al Pahimi, 17 thn, BCH Rawang Selangor
(Hadiah sudah masuk ke akaun berkenaan)

4) Amirah Amanina binti Tarmizi, 17 thn, Kota Kinabalu, Sabah (Hadiah sudah masuk ke akaun berkenaan)



Rabu, 20 November 2013

Banyakkan Pembersih, Kurangkan Dan Sifarkan Pengotoran.....

النظافة من الإيمان  .
Kebersihan itu sebahagian dari iman.


Baru-baru ini kita didedahkan tandas awam Malaysia masih hanya 350 buah atau 3.41 peratus tandas awam di seluruh negara mendapat penarafan berstatus lima bintang.
 
Kekalutan ini lebih bertambah, apabila Malaysia telah mengisytiharkan tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia.

Selain prasarana tandas yang tidak lengkap dengan kemudahan, kurang penyelenggaraan, yang paling utama adalah sikap pengguna apabila 'berkunjung' ke rumah kecil itu.

Sepatutnya Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam, kerana Islam amat menekankan kebersihan, sudah cukup untuk membersihkan seluruh tandas awam dan tandas di mana-manapun.

Dari segi congaknya, kalau pembersih lebih ramai dari pengotor, keadaan tandas awam sudah cukup bersih tanpa perlu ada 'supervisor' yang mengawalnya.

Apa tidaknya.... sebagai contoh apabila seorang muslim masuk ke tandas apa dia buat?

Mulakan dengan langkah kiri sebelum tu bacalah doa (doa ta'awuz), kalau tak tahu dan tak ingat, baca a'uzubillahi minasysyaitonir rojim pun takpe, sebelum masuk tandas baca dalam hatipun takpe. Pakailah sepatu yang disediakan. Kemudian pastikanlan pakaian kita tak kena percikan air najis kerana pakaian tersebut kita boleh jadikan pakaian solat, maka sebab itu kita dapati ada pihak lelaki muslim, melipat seluar panjang pada betis mereka, bertutup kepala kerana syaitan akan kencing atau berak kepala kita (walaupun banyak mengatakan hadis ini lemah, tapi para sahabat mengamalkannnya), tambahan lagi kita masuk tempat berkumpulnya syaitan dan iblis. 

Dari Zaid bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW, bersabda: "Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri oleh para syaitan, maka jika salah seorang dari kalian hendak masuk kamar mandi, ucapkanlah "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al Hakim) 

Selepas melalui lobi tandas, kita akan masuk pintu tempat kita 'berqadha hajat'. Amalan guru saya, dia akan jirus getah paip, jirus dinding-dinding tandas terutama yang berbau hancing dan terpalit najis, jirus pembuka pintu tandas, jirus tempat duduk/bertenggong pada mangkuk tandas. Dibuat begini kerana untuk mengelak pakaian atau tubuh kita bergesel pada ruang-ruang percikan najis, di mana ruang-ruang tercemar itu telah dibuat oleh mereka yang masih tak faham tentang 'taharah' seterusnya boleh menyebabkan pakaian dan badan kita terpalit najis dan akibatnya ibadah solat kita tertolak.



Selepas itu barulah 'berqadha hajat', antara adab berqadha hajat, seboleh mungkin tak mengadap qiblat, dilakukan dalam keadaan duduk atau bertenggong supaya pelepasan najis oleh badan kita lawas, berdehem dan sedikit urutan agar semua najis keluar dengan sempurna. Ingat, ada hadis memberitahu kita antara sebab kita diseksa dikubur adalah kerana kencing/berak tak lawas. 

عَنْ عبد الله بنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ فأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا


Daripada Abdullah bin Abbas r.huma dia berkata, Nabi SAW melewati dua kubur. Baginda lantas bersabda, “Sungguh keduanya sedang diseksa, dan tidaklah keduanya diseksa kerana perkara besar. Salah seorang dari keduanya tidak bertabir dari kencing. Sedangkan yang satunya lagi, berjalan sambil namimah (suka mengadu domba).” Baginda lantas mengambil pelepah kurma yang basah dan membelahnya menjadi dua bahagian, lalu Baginda menancapkan di masing-masing kubur tersebut satu belahan. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah. Mengapa anda melakukan hal ini?” Baginda menjawab, “Semoga ia dapat meringankan seksaannya, selama keduanya belum kering.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas itu beristinjaklah menggunakan air sehingga hilang sifat najis pada 'jalan keluarnya'. Selepas flask, giliran kita pula menyenangkan pengguna lain, dengan mempastikan semua ruang tandas itu tidak mengotorkan, atau tidak mempaletkan najis kepada pengguna selepas kita.

Nah, kalau beginilah setiap peribadi muslim, insyaAllah tandas kita bersih dari kotoran dan najis. Tempat yang kotorpun jadi bersih, betapalah tempat yang tidak sinonim dengan kotor...






Ahad, 17 November 2013

Taufan Haiyan, Seolah-Olah Tuhan Nak Beritahu, "Jangan Cuba Nak Gagalkan RancanganKu Untuk Zaman Terakhir Ini!"

Jangan merasakan taufan Haiyan ini taufan biasa....
Kerosakan sebesar negara Belgium!
(Terkini, 3976 kematian, 1800 hilang, 18000 cedera)
Satu Degupan Adrenalin!!!


Menurut seorang penulis suatu blog, ini adalah balasan Tuhan sebab ada usaha nak meruntuhkan masjid....
mari baca pautan blog berikut.....