Assalamualaikum, tergerak untuk kongsi bersama dapatan dari kata-kata penuh mukjizat dari Rasulullah SAW. Bukanlah aku menulis ini sebagai seorang ahli hadis, tapi sekadar nak memenuhi fikiran dan jiwa dengan kata-kata Baginda Rasul SAW yang mulia dan penuh dengan panduan.... dan sedarlah wahai diriku yang baru nak belajar-belajar beramal.
Hadis Pertama....
Setiap Amalan Bergantung Kepada Niatnya
Diriwayatkan dari Amirul Mu’minin, Abu Hafsh, ‘Umar Bin Khatthab Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia akan perolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan