Halaman

Khamis, 5 Disember 2013

Antara Sesumpah Dan Ikan

Sesumpah, umum mengetahui binatang ini paling pandai menyesuaikan diri dan berjaya mewarnakan diri sama dengan warna di sekelilingnya.


Dan inilah yang kita takuti kalau kita bergaul dengan orang yang rosak akhlak, berkawan dengan orang yang runtuh moral dan mencampuri orang yang selalu melakukan kejahatan. Maka iman kita akan turut rosak, kita akan terikut sikap biadab dan kurang ajarnya mereka dan kita makin berani melakukan kejahatan.

Sebaliknya, jadilah seperti ikan di laut. Walau semasin mana air laut itu, daging ikan yang kita makan itu tetap manis. Bahkan kalau kita nak makan ikan masinpun, terpaksa letak garam sebelum menjemur ikan tersebut, barulah dia masin.


Kalau kita ditaqdirkan, berkawan atau berjiran dengan orang yang tidak elok akhlaknya, terpesong fikirannya, masyarakat yang kejahatannya melebihi kebaikan, maka kalau kita ada kekuatan, ubahlah suasana itu kepada yang lebih baik. Tapi sekiranya tak mampu kita lakukan, cegahlah kejahatan itu dengan menasihati dan mengajak mereka dengan penuh hikmah serta menunjukkan contoh teladan yang baik. Dan kalau tak mampu juga cegahlah dengan hati dan berdoalah agar berlaku juga kebaikan di akhirnya nanti. Kerana doa itu senjata bagi orang mukmin.

Inilah ibarat orang yang tetap mempertahankan prinsip peribadi mukminnya walau di mana jua dia berada pada apa keadaan sekalipun.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan