Halaman

Ahad, 4 September 2016

ESCAPISME



Escapisme adalah perangai atau perbuatan melarikan diri dari tanggungjawab/masalah.

Di zaman kanak-kanak, sikap ini kalau tak ditegur oleh ibubapa, maka akan suburlah sampai dewasa nanti. Rutin harian yang diminta atau disusun oleh ibubapa sejak bangun tidur hingga ke nak tidur kembali seperti sapu sampah di halaman rumah, basuh pinggan mangkuk setelah digunakan, jemur kain dan lipat kain, mengaji, menghafal surah-surah dalam Al-Quran dan lain-lain lagi. Ketika malas datang melanda, jemu datang bertandang maka anak-anak tadi akan beri 1001 alasan untuk melepaskan diri dari rutin harian tersebut. Atau anak-anak yang tahu ibubapanya garang akan melakukan sesuatu yang lain untuk mengaburi mata kedua ibubapanya. Kalau ibubapa tak perasan, maka berlakulah escapisme sejak kecil oleh anaknya.

Bila naik remaja, akal makin cerdik, escapisme terus berlaku, kali ni dalam bentuk 'minda kelas kedua'. Tanpa tarbiah dari ibubapa, anak-anak remaja akan melarikan diri dari tanggungjawab menunaikan kewajipan agama dan keutamaan melengkapkan ilmu fardhu ain dan kifayah. Solat selalu dilewatkan, konon mahu menghabiskan sesuatu yg lebih penting dahulu katanya.... Puasa hanya depan ibubapa, waktu bersendirian dia tak dapat menahan lapar dan dahaga. Bayangkan apa terjadi masa depan mereka kalau perkara ini dibiarkan saja oleh ibubapa mereka...

Bila sudah menjadi orang bujang atau anak dara, kehidupan beragama hanya pilih yang seronok-seronok jer contohnya ghairah waktu nak berbuka puasa, ghairah nak berhari raya, ghairah nak dihormati oleh orang, ghairah menunjukkan kelebihan kepada orang dan sebagainya. Usaha melatih diri untuk amanah, bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang telah diberi kepadanya tak dibuat bersungguh-sungguh, kalau buatpun ada compang-campingnya...

Lebih parah lagi bila golongan ini telah memasuki gerbang perkahwinan. Kalau mak bapak tak bagi kahwin, katanya mak bapak telah menghalang cintanya! Maka mak bapak bagilah kahwin.... Bila kahwin, di sini baru muncul escapisme minda kelas pertamanya...

Lari dari teguran mak dan bapak mertuanya. Maka diciptalah aktiviti yang boleh mendeletekan perangai sebenar dia sebagai menantunya.

Biasanya dah kahwin ni, nak commited sara anak isteri. Kalau isteri atau suami berkerja nak sara ibubapa di kampung. Bila berkumpul, nak bertanya khabar... sebab dah hubungan ipar duai, hubungan tu agak rapat, mesti nak tanya secara mendalam sikit... bila dah bermalam satu dua hari di rumah mertua, mesti orang nampak kehidupan beragama kita macamana, bagaimana watak kita sebagai suami dan ayah orang akan perhatikan... Maka orang yang tak dilatih perkara ini akan menjadi masalah dalam rumahtangga... Ada yang inferiority complex, ada yang menonong jer kelakuannya dan ramai yang ambil jalan 'selamat' katanya, dengan mengamalkan sikap escapisme...

Maka ada menantu yang sanggup sewa hotel, ada menantu yg sanggup OT waktu cuti atau kenduri-kendara, ada yang cipta aktiviti memancing dan lain-lain.

Buruk benor escapisme ni, sampai bila kita nak lakukannya, anak-anak kita dah semakin besar, nak kahwin nanti sape yang kita nak panggil gotong-royong, anak kita nak masuk universiti, sape lagi nak minta tolong untuk kewangan dan tunjuk ajar? Ada di kalangan isteri dan anak-anak kita kalau mereka sakit nanti siapa nak jengok.

Ibarat orang yang selalu bagi alasan untuk tidak solat dan tak nak melakukan ibadah wajib yang lain setelah diajak oleh seseorang untuk menyedarkan kita melakukannya juga dengan berkata "kita kubur masing-masing, aku kubur aku kau kubur engkau!"

Yer lah tu kalau kita masuk kubur tergolek sendiri masuk lubang kubur bolehlah nak cakap macam tu. Ini nak mandikan mayat orang lain mandikan, nak kafankan mayat, orang lain kafankan, nak solat jenazah, orang lain yang solatkan, sampailah nak dikebumikan, orang lain juga yang kuburkan.

Jadi, buanglah sikap escapisme yang orang lain telah perasankan sekian lama... berpijaklah di bumi nyata. Sambil-sambil mujahadah nak membuangnya, ingatlah matlamat kita untuk hidup di Akhirat yang semakin hampir.

Dan buang juga sikap escapisme yang tak disengajakan...

Tulisan ini juga buat kita semua termasuk si penulis yang tak terlepas dari membuat dosa.

Rabu, 1 Jun 2016

Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas ganjarannya. Sebagaimana diberitahu dalam sebuah hadits qudsi: 

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.” (HR. Muslim). 


Sabtu, 24 Januari 2015

Menjaga Kemuliaan Islam



Bertaqwalah. Pesanan ini sangat penting untuk diulang-ulang dan dihayati khususnya di zaman kita yang begitu mudah lupa kepada Allah. Bahkan hubungan kita lebih rapat dengan facebook, whatsapp, televisyen, dan sebagainya berbanding solat, al-Quran, zikir dan perkembangan nasib umat Islam seluruh dunia bahkan di negara kita sendiri.

Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 114:

Bermaksud : (Katakanlah Wahai Muhammad): "Patutkah Aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia-lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" dan orang yang Kami berikan al-kitab (Zabur, Taurat, Injil), mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW, tidak mudah terperdaya dengan kata-kata dusta, daripada syaitan-syaitan yang menyebabkan baginda mencari panduan atau hakim lain selain daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada baginda kitab al-Quran yang jelas nyata isi kandungannya satu persatu, meliputi perkara yang halal dan juga perkara yang haram, hukum-hakam syarak, usul agama dan cabang-cabangnya. Tidak memerlukan penjelasan dan tiada yang lebih baik hukumannya. Kerana sesusungguhnya hukum-hukum Allah meliputi hikmah dan juga rahmat.

Sesungguhnya dasar-dasar dalam agama Islam terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Agama Islam telah diberitakan kehadirannya dalam kitab-kitab para rasul terdahulu. Kitab Zabur, Taurat dan Injil telah menceritakan kepada umat-umatnya tentang kedatangan agama Islam di akhir zaman nanti.

Setelah datangnya agama Islam kepada umat akhir zaman, Islam diamalkan dalam seluruh kehidupan manusia. Umat Islam mengamalkan segala perintah yang telah ditetapkan kepada mereka dan meninggalkan segala larangan yang dikenakan ke atas mereka. Seterusnya mereka menyeru kepada manusia yang lain untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesungguhan umat Islam melaksanakan agama Islam telah membawa kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penduduk bumi ini.

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan usaha-usaha terancang musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya untuk melenyapkan Islam daripada muka bumi ini. Mereka mencanangkan Islam sudah tidak releven, malah sudah tidak sesuai pada zaman perkembangan sains dan teknologi. Di tambah pula dengan suara-suara lantang dengan mengatakan Islam menyekat kebebasan manusia. Mereka juga turut mencanangkan semua agama termasuk agama Islam, membawa kepada tuhan yang sama. Ini semua adalah suara-suara derhaka dan terkutuk yang cuba membisik di telinga umat Islam dengan niat dan matlamat menukar budaya dan cara hidup beragama seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Ini semua adalah serangan luaran daripada musuh-musuh Islam yang begitu hasad dengki dan benci kepada agama kita. Sedarilah kita semua, kita wajib membina dinding dan benteng yang menghalang kita dari kemurkaan dan azab seksa daripada Allah. Kita tidak boleh membiarkan agama Islam terus dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya.

Janganlah kita sendiri menjadi peluru dan bom yang cuba memusnahkan benteng-benteng Islam yang telah dikukuhkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat baginda, para Tabien dan generasi-generasi selepas mereka. Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada dalam diri kita sendiri. Kita sudah tidak menghiraukan kewajipan-kewajipan agama yang ditaklifkan kepada kita, kita sudah tidak menganggap dosa-dosa kita sebagai penyebab musibah dan malapetaka kepada hidup kita.

Dosa-dosa yang kita lakukan seperti melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak ramai tanpa segan silu, memuja artis secara keterlaluan, membiarkan diri dipeluk cium bukan mahram dan menggadai maruah dan harga diri, kita hanya anggap seperti menepis lalat yang hinggap di muka kita sahaja. Walhal sepatutnya sebagai seorang Muslim, dosa-dosa yang kita lakukan dirasakan seperti sebuah gunung yang akan
menghempap dan melenyapkan kita.

Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya Ulumiddin ada menyatakan :
"Betapa banyak makanan yang dimakan telah menghalang dari bangun malam, berapa banyak pandangan yang telah menghalang dari membaca surah al Quran. Dan sesungguhnya ada di kalangan hamba yang makan makanan mahupun membuat sesuatu perbuatan. Ia tertegah daripada bangun malam selama setahun. Dan seperti mana solat itu mencegah daripada kekejian dan kemungkaran, begitu jugalah sebaliknya kekejian itu akan menghalang daripada solat dan sekelian amal kebajikan."

Imam Sufyan al-Thaury berkata :
“Aku terhalang daripada bangun malam selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan. Ditanya apakah dosa itu? Ia menjawab : Aku pernah melihat seorang lelaki sedang menangis lantas aku berkata kepada diri ku bahawa ia sengaja menunjuk-nunjuk.”

Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada luar yang sengaja dilakukan agar bergabung dengan faktor dalaman dalam diri kita sendiri. Contoh faktor luaran seperti maksiat dan kemungkaran yang ditaja dengan kos yang amat tinggi sehingga mengabaikan aspek-aspek yang lain. Api persengketaan sesama muslim yang sentiasa diperbaharui nyalaannya. Begitu juga, pesalah-pesalah syariah yang sering dilindungi dengan selimut hak asasi manusia.

Melihat betapa banyaknya ranjau dan rintangan dalam membina dan mempertahankan kemuliaan Islam, maka layak benarlah nilai kemuliaan seseorang itu letaknya pada kehebatan taqwanya.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat ke 13:
Bermaksud : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).


Firman Allah yang bermaksud : Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

Ketahuilah dunia ini hanya tempat tinggal sementara kepada kita. Usia-usia kita yang berbaki hendaklah ditambah dengan amal ibadah sebagai bekalan menemui Allah kelak. Kita sering diingatkan, untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya, namun sebahagian daripada kita masih lagi memilih untuk alpa daripada bertaqwa kepada pemilik alam ini, bersikap fasiq dan derhaka kepada sang Penciptanya.

Di antara kita ada yang berikrar dan berazam dengan melakukan segala bentuk kebaikan tetapi hangatnya tidak sampai beberapa hari. Ada pula yang pada mulanya melakukan kebaikan tetapi akhirnya lalai sehinggalah Allah menimpakan bala bencana lalu menyedarkan mereka. Manakala ada juga sekumpulan manusia yang apabila ingin menzahirkan kegembiraan menyambutnya dengan acara dosa dan maksiat dan tidak merasa bersalah dan malu kepada Allah Taala.

Marilah kita terus istiqamah dalam menjaga batas-batas dan ketentuan Allah demi mencari keredhaan-Nya. Iman dan taqwa perlu dibentuk dan dipelihara supaya ianya membuahkan hasil yang baik di akhirat kelak. Hanya orang yang bertaqwa sahaja akan merasai keuntungan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Jika Allah mentaqdirkan kita memiliki umur yang panjang hingga kita mampu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya pada masa-masa yang akan datang, maka itulah nikmat kurniaan yang amat besar darinya.

(Intisari mimbar Jumaat )

Sabtu, 3 Januari 2015

Sollu 'Alan Nabi





Sabda Nabi S.A.W

"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya"

(Hadis Riwayat Bukhari)

Ya Rasulullah S.A.W




Allah dan Rasul penting dalam kehidupanku waktu ini dan akan datang...., memandangkan diriku manusia yg ternyata amat lemah dan hidup dalam suasana umat islam yg dalam kelemahan...

Marilah berazam agar setiap hari yg dilalui, tidak putus untuk aku berselawat kepada manusia yg menjadi inspirasi dan idola hidupku.....


  • اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
  • اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
  • اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Jumaat, 2 Januari 2015

Musibah




Allah turunkan musibah dan nikmat untuk menguji manusia.

Musibah hendaklah ditempuh dengan sabar dan redho, nikmat hendaklah disyukuri dengan mengagihkan kepada yg berhak.

Orang yg ditimpa musibah tetapi dia boleh sabar adalah lebih baik di sisi Allah berbanding orang yg dapat nikmat tetapi tidak mensyukurinya.

Begitu juga, orang yg bersyukur terhadap nikmat pemberian Allah adalah lebih baik berbanding orang yg tidak sabar ketika musibah melanda dirinya.

Saidina Umar bin al-Khattab menyifatkan musibah itu boleh menjadi nikmat.

Katanya, tidak aku ditimpa musibah, melainkan aku dapati padanya tiga nikmat.

Nikmat pertama, musibah yang menimpa itu bukanlah yang berkaitan dengan agama.

Nikmat kedua, musibah itu bukanlah musibah yang besar seperti yang menimpa umat sebelumnya.

Nikmat ketiga, sesungguhnya Allah SWT akan memberi balasan baik daripada musibah itu.

Kurniaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada orang yang bersabar dan kembali menyerah diri kepada-Nya adalah suatu keampunan, kerahmatan dan hidayah.

Di situlah ada hikmah dan nikmat yang perlu disingkap dengan mata hati.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Sunat Puasa pada 9 Zulhijjah




Tanggal 9 Dzulhijjah merupakan hari Arafah. Pada hari itu, jamaah haji melakukan wukuf di Arafah yang merupakan rukun dari haji. Sedangkan bagi kaum Muslimin yang tidak menjalankan ibadah haji, disunnahkan untuk melakukan puasa Arafah.

1) Puasa Arafah merupakan puasa sunnah yang sangat dianjurkan, sunat muakkad. Puasa Arafah memiliki keutamaan yang luar biasa. Sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut:

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.”
(HR. Muslim)

Demikianlah keutamaan puasa Arafah: ia dapat menghapuskan dosa selama dua tahun. Yakni dosa satu tahun sebelumnya dan satu tahun sesudahnya.

2) Di antara keutamaan hari Arafah adalah pembebasan dari api neraka. Sebagian ulama menjelaskan bahwa pembebasan dari neraka pada hari Arafah diberikan Allah bukan hanya kepada jamaah haji yang sedang wukuf, melainkan juga untuk kaum muslimin yang tidak menjalankan haji. Terlimpahkannya ampunan Allah terhadap dosa selama dua tahun melalui puasa Arafah sangat terkait dengan keutamaan kedua ini.

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: "Apa yang diinginkan oleh mereka?”
(HR. Muslim)

3) Keutamaan lain puasa Arafah adalah ke-mustajab-an doa. Secara umum doa orang yang berpuasa akan dikabulkan oleh Allah. Ditambah lagi dengan keutamaan waktu hari Arafah yang merupakan sebaik-baik doa pada waktu itu, maka semakin kuatlah keutamaan terkabulnya doa orang yang berpuasa Arafah pada hari itu.

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadiir (Tidak ada Ilah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. MilikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, Allah Maha Menguasai segala sesuatu).”
(HR. Tirmidzi)

Demikian 3 Keutamaan Puasa Arafah, semoga semakin menguatkan motivasi kita untuk menjalankan Puasa Arafah pada 9 Dzulhijjah 1435 H yang jatuh pada esok hari.

Selasa, 13 Mei 2014

BERBUAT IHSAN DALAM SEGALA HAL

Hadis Ke 17

Diriwayatkan dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan (ihsan) atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, maka lakukanlah pembunuhan itu dengan cara terbaik, dan jika kalian menyembelih maka lakukanlah penyembelihan itu dengan cara terbaik. Hendaklah salah seorang di antara  kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan yang disembelihnya."

Hadis Riwayat Muslim

Jumaat, 18 April 2014

Jangan Marah

Hadis Ke 16

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi S.A.W.: “Berilah aku nasihat.” 

Baginda bersabda: “Jangan marah.” 

Maka orang itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali, 

Nabi menjawab: “Jangan marah!” 
(Riwayat Bukhari)

Sabtu, 29 Mac 2014

Jadi Kita Boleh Juga Koreksi Diri Kita, Kenapa Tuhan Lambatkan Bantuan Untuk Mencari Di Mana MH370.....


Sewaktu-waktu tentera Saiyidina Umar r.a. dalam keadaan tidak menang dan tidak kalah di satu medan peperangan.... Saiyidina Umar mengingatkan tentera Islam jangan tinggalkan sugi dan tolong ambil berat tentang luruskan saf-saf solat jemaah.

Diberitakan beliau sendiri buat tinjauan terhadap tentera Islam, nampak kecil kesalahan atau sedikit kealpaan yang dilakukan tentera Islam, tapi itu adalah simbolik.....

Kenapa jangan tinggalkan sugi dan kena luruskan saf-saf solat jemaah? Kenapa tak hantarkan saja tentera tambahan, atau bagi saja senjata-senjata yang canggih yang dapat mengalahkan musuh....

Kerana para sahabat telah diajar oleh Rasulullah SAW agar sentiasa berpegang teguh dengan Sunnah Para Rasul, luruskan dan bulatkan hati dan eratkan ukhwah sesama sahabat dan taat setia kepada kepimpinan kebenaran yang dilantik..... Maka inilah rahsia bantuan Tuhan nak diberikan kepada pasukan mukmin.

Jadi kita boleh juga koreksi diri kita, kenapa Tuhan lambatkan bantuan untuk mencari di mana MH370.....


Rabu, 12 Mac 2014

Sudah Habis Kaedah Sains Untuk Mencari MH370, Sekarang Adalah Masa Untuk Meminta Dari Pencipta Sains....


"Akibat terlalu taksub kepada sains, terlalu berbangga dengan teknologi yang ada, manusia masih sombong dengan ilmu yang ada, maka Allah tunjukkan kuasa-Nya bahawa manusia itu tetaplah hamba walau macamana sekalipun brilliantnya.... Tunduk dan merendah dirilah bahawa diri kita ini hamba kepada Maha Pencipta segala sesuatu. Sekarang adalah masa untuk merintih dan meminta-minta kepada Allah SWT dan dapatkan doa dari orang yang paling dekat dengan Tuhan."

Jangan terkejut kerana itu bukanlah perkataan saya tetapi perkataan yang telah ditayangkan oleh media arus perdana dan di laman-laman sosial......

Khamis, 6 Mac 2014

Perkataan Yang Baik, Memelihara Hak Tetamu Dan Jiran Tetangga

Hadis Ke 15
Perkataan Yang Baik, Memelihara Hak Tetamu Dan Jiran Tetangga

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda: 

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata akan baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

(Diriwayatkan oleh Al-Bhukari dan Muslim)

Kesucian Seorang Darah Muslim

Hadis Ke 14

Kesucian Seorang Darah Muslim

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W: 

“Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara: Suami-isteri yang berzina, orang yang membunuh yang boleh dibunuh, dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaahnya.” 

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Jawapan Silangkata 014


Ahad, 16 Februari 2014

Persaudaraan, Iman dan Islam

Hadis Ke 13
Persaudaraan, Iman dan Islam

Diriwayatkan dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.huma, berkhidmat  untuk Rasulullah S.A.W, dari Nabi S.A.W, telah bersabda: 

“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

 (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)