Halaman

Ahad, 4 September 2016

ESCAPISME



Escapisme adalah perangai atau perbuatan melarikan diri dari tanggungjawab/masalah.

Di zaman kanak-kanak, sikap ini kalau tak ditegur oleh ibubapa, maka akan suburlah sampai dewasa nanti. Rutin harian yang diminta atau disusun oleh ibubapa sejak bangun tidur hingga ke nak tidur kembali seperti sapu sampah di halaman rumah, basuh pinggan mangkuk setelah digunakan, jemur kain dan lipat kain, mengaji, menghafal surah-surah dalam Al-Quran dan lain-lain lagi. Ketika malas datang melanda, jemu datang bertandang maka anak-anak tadi akan beri 1001 alasan untuk melepaskan diri dari rutin harian tersebut. Atau anak-anak yang tahu ibubapanya garang akan melakukan sesuatu yang lain untuk mengaburi mata kedua ibubapanya. Kalau ibubapa tak perasan, maka berlakulah escapisme sejak kecil oleh anaknya.

Bila naik remaja, akal makin cerdik, escapisme terus berlaku, kali ni dalam bentuk 'minda kelas kedua'. Tanpa tarbiah dari ibubapa, anak-anak remaja akan melarikan diri dari tanggungjawab menunaikan kewajipan agama dan keutamaan melengkapkan ilmu fardhu ain dan kifayah. Solat selalu dilewatkan, konon mahu menghabiskan sesuatu yg lebih penting dahulu katanya.... Puasa hanya depan ibubapa, waktu bersendirian dia tak dapat menahan lapar dan dahaga. Bayangkan apa terjadi masa depan mereka kalau perkara ini dibiarkan saja oleh ibubapa mereka...

Bila sudah menjadi orang bujang atau anak dara, kehidupan beragama hanya pilih yang seronok-seronok jer contohnya ghairah waktu nak berbuka puasa, ghairah nak berhari raya, ghairah nak dihormati oleh orang, ghairah menunjukkan kelebihan kepada orang dan sebagainya. Usaha melatih diri untuk amanah, bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang telah diberi kepadanya tak dibuat bersungguh-sungguh, kalau buatpun ada compang-campingnya...

Lebih parah lagi bila golongan ini telah memasuki gerbang perkahwinan. Kalau mak bapak tak bagi kahwin, katanya mak bapak telah menghalang cintanya! Maka mak bapak bagilah kahwin.... Bila kahwin, di sini baru muncul escapisme minda kelas pertamanya...

Lari dari teguran mak dan bapak mertuanya. Maka diciptalah aktiviti yang boleh mendeletekan perangai sebenar dia sebagai menantunya.

Biasanya dah kahwin ni, nak commited sara anak isteri. Kalau isteri atau suami berkerja nak sara ibubapa di kampung. Bila berkumpul, nak bertanya khabar... sebab dah hubungan ipar duai, hubungan tu agak rapat, mesti nak tanya secara mendalam sikit... bila dah bermalam satu dua hari di rumah mertua, mesti orang nampak kehidupan beragama kita macamana, bagaimana watak kita sebagai suami dan ayah orang akan perhatikan... Maka orang yang tak dilatih perkara ini akan menjadi masalah dalam rumahtangga... Ada yang inferiority complex, ada yang menonong jer kelakuannya dan ramai yang ambil jalan 'selamat' katanya, dengan mengamalkan sikap escapisme...

Maka ada menantu yang sanggup sewa hotel, ada menantu yg sanggup OT waktu cuti atau kenduri-kendara, ada yang cipta aktiviti memancing dan lain-lain.

Buruk benor escapisme ni, sampai bila kita nak lakukannya, anak-anak kita dah semakin besar, nak kahwin nanti sape yang kita nak panggil gotong-royong, anak kita nak masuk universiti, sape lagi nak minta tolong untuk kewangan dan tunjuk ajar? Ada di kalangan isteri dan anak-anak kita kalau mereka sakit nanti siapa nak jengok.

Ibarat orang yang selalu bagi alasan untuk tidak solat dan tak nak melakukan ibadah wajib yang lain setelah diajak oleh seseorang untuk menyedarkan kita melakukannya juga dengan berkata "kita kubur masing-masing, aku kubur aku kau kubur engkau!"

Yer lah tu kalau kita masuk kubur tergolek sendiri masuk lubang kubur bolehlah nak cakap macam tu. Ini nak mandikan mayat orang lain mandikan, nak kafankan mayat, orang lain kafankan, nak solat jenazah, orang lain yang solatkan, sampailah nak dikebumikan, orang lain juga yang kuburkan.

Jadi, buanglah sikap escapisme yang orang lain telah perasankan sekian lama... berpijaklah di bumi nyata. Sambil-sambil mujahadah nak membuangnya, ingatlah matlamat kita untuk hidup di Akhirat yang semakin hampir.

Dan buang juga sikap escapisme yang tak disengajakan...

Tulisan ini juga buat kita semua termasuk si penulis yang tak terlepas dari membuat dosa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan