Halaman

Jumaat, 3 Oktober 2014

Sunat Puasa pada 9 Zulhijjah




Tanggal 9 Dzulhijjah merupakan hari Arafah. Pada hari itu, jamaah haji melakukan wukuf di Arafah yang merupakan rukun dari haji. Sedangkan bagi kaum Muslimin yang tidak menjalankan ibadah haji, disunnahkan untuk melakukan puasa Arafah.

1) Puasa Arafah merupakan puasa sunnah yang sangat dianjurkan, sunat muakkad. Puasa Arafah memiliki keutamaan yang luar biasa. Sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut:

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.”
(HR. Muslim)

Demikianlah keutamaan puasa Arafah: ia dapat menghapuskan dosa selama dua tahun. Yakni dosa satu tahun sebelumnya dan satu tahun sesudahnya.

2) Di antara keutamaan hari Arafah adalah pembebasan dari api neraka. Sebagian ulama menjelaskan bahwa pembebasan dari neraka pada hari Arafah diberikan Allah bukan hanya kepada jamaah haji yang sedang wukuf, melainkan juga untuk kaum muslimin yang tidak menjalankan haji. Terlimpahkannya ampunan Allah terhadap dosa selama dua tahun melalui puasa Arafah sangat terkait dengan keutamaan kedua ini.

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: "Apa yang diinginkan oleh mereka?”
(HR. Muslim)

3) Keutamaan lain puasa Arafah adalah ke-mustajab-an doa. Secara umum doa orang yang berpuasa akan dikabulkan oleh Allah. Ditambah lagi dengan keutamaan waktu hari Arafah yang merupakan sebaik-baik doa pada waktu itu, maka semakin kuatlah keutamaan terkabulnya doa orang yang berpuasa Arafah pada hari itu.

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadiir (Tidak ada Ilah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. MilikNyalah segala kerajaan dan segala pujian, Allah Maha Menguasai segala sesuatu).”
(HR. Tirmidzi)

Demikian 3 Keutamaan Puasa Arafah, semoga semakin menguatkan motivasi kita untuk menjalankan Puasa Arafah pada 9 Dzulhijjah 1435 H yang jatuh pada esok hari.

Selasa, 13 Mei 2014

BERBUAT IHSAN DALAM SEGALA HAL

Hadis Ke 17

Diriwayatkan dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus r.a, dari Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan (ihsan) atas segala sesuatu. Apabila kalian membunuh, maka lakukanlah pembunuhan itu dengan cara terbaik, dan jika kalian menyembelih maka lakukanlah penyembelihan itu dengan cara terbaik. Hendaklah salah seorang di antara  kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan yang disembelihnya."

Hadis Riwayat Muslim

Jumaat, 18 April 2014

Jangan Marah

Hadis Ke 16

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi S.A.W.: “Berilah aku nasihat.” 

Baginda bersabda: “Jangan marah.” 

Maka orang itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali, 

Nabi menjawab: “Jangan marah!” 
(Riwayat Bukhari)

Sabtu, 29 Mac 2014

Jadi Kita Boleh Juga Koreksi Diri Kita, Kenapa Tuhan Lambatkan Bantuan Untuk Mencari Di Mana MH370.....


Sewaktu-waktu tentera Saiyidina Umar r.a. dalam keadaan tidak menang dan tidak kalah di satu medan peperangan.... Saiyidina Umar mengingatkan tentera Islam jangan tinggalkan sugi dan tolong ambil berat tentang luruskan saf-saf solat jemaah.

Diberitakan beliau sendiri buat tinjauan terhadap tentera Islam, nampak kecil kesalahan atau sedikit kealpaan yang dilakukan tentera Islam, tapi itu adalah simbolik.....

Kenapa jangan tinggalkan sugi dan kena luruskan saf-saf solat jemaah? Kenapa tak hantarkan saja tentera tambahan, atau bagi saja senjata-senjata yang canggih yang dapat mengalahkan musuh....

Kerana para sahabat telah diajar oleh Rasulullah SAW agar sentiasa berpegang teguh dengan Sunnah Para Rasul, luruskan dan bulatkan hati dan eratkan ukhwah sesama sahabat dan taat setia kepada kepimpinan kebenaran yang dilantik..... Maka inilah rahsia bantuan Tuhan nak diberikan kepada pasukan mukmin.

Jadi kita boleh juga koreksi diri kita, kenapa Tuhan lambatkan bantuan untuk mencari di mana MH370.....


Rabu, 12 Mac 2014

Sudah Habis Kaedah Sains Untuk Mencari MH370, Sekarang Adalah Masa Untuk Meminta Dari Pencipta Sains....


"Akibat terlalu taksub kepada sains, terlalu berbangga dengan teknologi yang ada, manusia masih sombong dengan ilmu yang ada, maka Allah tunjukkan kuasa-Nya bahawa manusia itu tetaplah hamba walau macamana sekalipun brilliantnya.... Tunduk dan merendah dirilah bahawa diri kita ini hamba kepada Maha Pencipta segala sesuatu. Sekarang adalah masa untuk merintih dan meminta-minta kepada Allah SWT dan dapatkan doa dari orang yang paling dekat dengan Tuhan."

Jangan terkejut kerana itu bukanlah perkataan saya tetapi perkataan yang telah ditayangkan oleh media arus perdana dan di laman-laman sosial......

Khamis, 6 Mac 2014

Perkataan Yang Baik, Memelihara Hak Tetamu Dan Jiran Tetangga

Hadis Ke 15
Perkataan Yang Baik, Memelihara Hak Tetamu Dan Jiran Tetangga

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahawasa Rasulullah S.A.W telah bersabda: 

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia berkata akan baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

(Diriwayatkan oleh Al-Bhukari dan Muslim)

Kesucian Seorang Darah Muslim

Hadis Ke 14

Kesucian Seorang Darah Muslim

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r.a., ia berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W: 

“Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara: Suami-isteri yang berzina, orang yang membunuh yang boleh dibunuh, dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri dari jamaahnya.” 

(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Jawapan Silangkata 014


Ahad, 16 Februari 2014

Persaudaraan, Iman dan Islam

Hadis Ke 13
Persaudaraan, Iman dan Islam

Diriwayatkan dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.huma, berkhidmat  untuk Rasulullah S.A.W, dari Nabi S.A.W, telah bersabda: 

“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

 (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Khamis, 6 Februari 2014

Menyibukkan Diri Dengan Sesuatu Yang Bermanfaat

Hadis Ke 12








Menyibukkan Diri Dengan Sesuatu Yang Bermanfaat

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: 

“Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna.” 

(Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sabtu, 1 Februari 2014

Respon Allah....


Sewaktu-waktu di penghujung nak wafatnya Nabi SAW menyebut-nyebut bimbang tentang nasib umatnya yang hendak ditinggalkan... "ummati, ummati, ummati...",
Maka Allah SWT terus merespon dan memanggil Jibrail a.s, bagitahu Muhammad, "Aku Allah tidak akan mengecewakan urusannya dengan ummatnya."






Jumaat, 31 Januari 2014

Silangkata 014 Muncul Dengan Sesuatu Yang Bermakna...

 

Soalan Silangkata 014

Menurun:

1. Beribadahlah, dengan merasakan kita melihat Tuhan, sekiranya tidak boleh secara itu, beribadahlah dengan merasakan Allah melihat kita...

2.Wa La Yu'la Alaih

3. Doa minta perlindungan Allah SWT.

4. Diyakini dihati, diikrarkan oleh lidah, diperteguhkan oleh perbuatan

5. Penyakit orang Islam di Akhir Zaman, 'al-wahan'. Cinta dunia dan takut mati... Dunia/bumi dalam bahasa arab di panggil ________.

Melintang:

5. Orang mukmin yang masih tidak taat perintah Tuhan.

6. Silahul mukmin.

7. Orang Islam yang tidak bersistem akan dapat dikalahkan oleh orang kafir yang bersistem. Sistem dalam bahasa Timur Tengah dipanggil ________.

Seperti biasa dipaparkan syarat-syarat penyertaan:

1) Terbuka kepada remaja Malaysia sehingga 30 tahun.
2) Sah sehingga Jumaat, 28 Feb. 2014.
3) Keputusan Hakim adalah muktamad.
4) Lengkapkan slogankata berikut:
Saya berusaha menjawab soalan silangkata bercorak Islam kerana ..............................................................................................................
(tidak lebih dari 25 perkataan).

Hadiah berupa wang Tunai*

Pertama: RM10.00

3 Hadiah Saguhati: RM5 setiap satu.

*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.

(Hadiah ini datang dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)

Insya Allah jawapan akan dipaparkan sebulan sekali pada hari Jumaat minggu terakhir.

Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 012:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________


Jawapan saya:

Menurun:

1. ___________

2. ___________

3. ___________

4. ___________

5. ___________

Melintang:

5. ___________

6. ___________

7. ___________

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)


Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.


Isnin, 27 Januari 2014

Melaksanakan Yang Diyakini Dan Meninggalkan Yang Diragukan

Hadis Ke Sebelas


Melaksanakan Yang Diyakini Dan Meninggalkan Yang Diragukan


Diriwayatkan dari Abu Muhammad Al-Hassan bin Ali bin Abi Thalib, cucu kesayangan Rasulullah SAW dan kesayangan r.huma, ia berkata: Aku telah menghafal sabda Rasulullah SAW ini: 

"Tinggalkan perkara yang meragukanmu kepada perkara yang tidak meragukanmu."

 (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi)


Selasa, 14 Januari 2014

Mari Kita Berselawat...


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Dalam suatu riyawat, Nabi SAW mendoakan keampunan dosa Aisyah yang dulu dan yang akan datang, yang sembunyi-sembunyi atau yang terang-terangan. Saiyidatina Aisyah  r.ha mendengar doa ini dan berasa sangat gembira. Nabi SAW bertanya kenapa kamu gembira? Aisyah berkata, “Mana mungkin aku tak gembira bila mendapatkan doa keampunan daripada kamu ya Rasulullah”. Baginda kemudian menjawab, “Demi Allah, doa yang sama kuucapkan untuk umatku pada setiap malam”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Sabtu, 11 Januari 2014

Tidak Diterima Kecuali Yang Baik


Hadis ke Sepuluh


Tidak Diterima Kecuali Yang Baik

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

”Sesunguhnya Allah itu Zat yang Baik, tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang-orang Mukmin apa yang diperintahkan kepada para Rasul. Allah Ta’ala berfirman: “Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.” Allah juga berfirman: “Wahai orang-orang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kalian.” Lalu Rasulullah menyebut seorang lelaki yang mengadakan perjalanan begitu jauh, sehingga rambutnya kusut dan berdebu. Ia menghulurkan kedua tangannya ke langit (seraya berdoa): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedang makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan ia dikenyangkan dengan barang yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?”
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Jawapan Silangkata 013





Insya Allah, Silangkata akan muncul hanya sebulan sekali, yakni setiap Jumaat minggu terakhir setiap bulan, insya Allah....

Jumaat, 3 Januari 2014

Silangkata 013 Menyingkap Peribadi Rasulullah SAW

Silangkata 013 bertemu kembali setelah seminggu tidak muncul lantaran telah berlaku peristiwa widak antara seorang anak dengan ayah kandungnya pada malam Jumaat lepas pada jam sekitar 8.05 malam dan selamat dikebumikan pada 11.00 pagi hari Jumaat keesokan harinya.... Al Fatehah buat Allahyarham Ayahku Ibrahim bin Yasid.

Silangkata kali ini penuh dengan penyingkapan peribadi Rasulullah SAW kerana pada 1 minggu lebih hadapan adalah  12 Rabi'ul Awwal 1435 Hijrah, Hari Keputeraan atau Maulid Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari Selasa 14 Januari 2014. Keistimewaan silangkata kali ini ialah kerana pada setiap soalan ada clue....

Seperti biasa dipaparkan dahulu syarat-syarat penyertaan:
1) Terbuka kepada remaja Malaysia sehingga 30 tahun.  
2) Sah sehingga Jumaat, 10 Januari 2014  
3) Keputusan Hakim adalah muktamad.
4) Lengkapkan slogankata berikut: Saya berusaha menjawab soalan silangkata bercorak Islam kerana .............................................................................................................. (tidak lebih dari 25 perkataan).
Hadiah berupa wang Tunai*
Pertama: RM10.00 (+ RM10.00 sempena Maulid Nabi SAW)
3 Hadiah Saguhati: RM5  (+ RM5 sempena Maulid Nabi SAW) setiap satu.
*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.
(Hadiah ini datang dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)
Insya Allah jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.

Berikut adalah Silangkata 013:



Soalan 

Melintang:

1) Walaupun baginda Nabi SAW seorang yang maksum, darjatnya tertinggi berbanding semua manusia dan segala makhluk Tuhan yang telah dicipta, namun baginda berbengkak-bengkak kaki dalam solat malamnya kerana baginda tetap mengaku baginda adalah hamba Tuhan dan sebagai tanda _______ kepada Allah.

2) ____________ baginda kepada umat baginda amat mendalam, baginda sangat inginkan keselamatan umatnya dan menginginkan umatnya hidup dalam keimanan dan baginda sangat terasa kesusahan dan keperitan umat baginda.

3) Semasa hayat baginda, baginda mempunyai lebih 124 000 sahabat, 313 tentera Badar, 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga, 4 sahabat bakal menjadi Khulafaur Rasyidin dan seorang sahabat yang sangat sangat sangat rapat iaitu ____________

4) Baginda adalah pemimpin yang sangat _________, seluruh dunia mendapat rahmat dan keberkatan, tidak berlaku sedikitpun perselisihan yang tidak dapat diselesaikan dengan jayanya, ini bukan sahaja dapat dirasai oleh seluruh umat Islam zaman baginda dan selepasnya bahkan turut dirasai oleh orang bukan Islam dalam tulisan sejarah, dokumentari dan lain-lain.

5) Sewaktu kelahiran baginda Rasul SAW, berlaku keajaiban besar iaitu telah runtuh istana Kisra dan telah padam nyalaan api sembahan _______ yang telah dinyalakan ribuan tahun.

6) Walaupun lebih 70 peperangan baginda sertai, Rasulullah SAW tidak _______ hatta satu nyawapun.

7) "Tidak diutus Rasulullah itu melainkan untuk membawa __________ ke seluruh alam."

8) Demi menyelamatkan dunia ini selepas wafatnya baginda, Rasulullah SAW sebenarnya telah berdoa dan 'menyusun dan mengatur' agar dunia tetap dirahmati Tuhan walaupun  'ketiadaan' baginda. Melalui kata-kata penuh mukjizat baginda akan adanya satu golongan yang membawa obor perjuangan agar tidak dipadamkan. Obor ini akan dibawa oleh orang yang tidak pernah bertemu baginda sewaktu hayat baginda, tetapi amat merindui Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah baginda terbesar, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem pendidikan Rasulullah, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem pentadbiran mirip Rasulullah, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem kewangan, sistem ekonomi, sistem keluarga dan rumahtangga, sistem kemasyarakatan, sistem kebudayaan, sistem keselamatan dan lain-lain mengikut Rasulullah SAW. Mereka inilah yang digelar Rasulullah ________ku dan para-para Asoib di akhir zaman.

9) Bukan sahaja di zaman Rasulullah SAW, peribadi Sahabat baginda semuanya boleh diteladani , kehidupan masyarakatnyapun boleh di________i, bahkan Rasulullah telah melahirkan masyarakat Khulafaur Rasyidin dan Salafussoleh untuk dijadikan ikutan. Yakni sekitar 300 tahun dari kehidupan Rasulullah SAW.

10) Baginda adalah ___________ segala Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Selepas baginda sudah tiada Nabi baru...

Menurun:

1) Kasih-sayang baginda bukan sahaja di dunia sangat inginkan keimanan buat kita sebagai umat baginda, bahkan sangat inginkan keselamatan umat baginda sampai ke Akhirat melalui _________ yang diizinkan Allah SWT. Pertolongan baginda itu dalam pelbagai keadaan, adakalanya ketika umatnya hendak di azab di kubur, adakalanya ketika panas teriknya Padang Mahsyar, adakalanya ketika timbangan Neraca Mizan, adakalanya di atas titian Siratul Mustaqim bahkan adakalanya sudah terjun ke dalam Api Neraka yang menjulang!!! (ayuh.... wahai diri.... kita berselawat ke atas Nabi SAW, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Sayyidina Muhammad)

10) Ketika Abu Lahab melobi Abu Talib agar menghentikan dakwah Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah menyatakan "Sekalipun matahari diletakkan di atas tangan kananku dan bulan di atas tangan kiriku, nescaya ____________ ini tetap akan ku teruskan!"

11) Ibu kandung Nabi Muhammad SAW

12) Bukti Rasulullah SAW sangat sangat sayangkan umat baginda, bukan sahaja dalam kehidupan baginda, baginda sangat memberi kasih sayang kepada umatnya, bahkan di hujung-hujung hayat baginda masih inginkan umatnya mendapat Kasih-Sayang Tuhan. Baginda menyebut _________ sebanyak 3 kali sebelum roh baginda yang sangat mulia itu dijemput oleh Tuhan.

13) "Tidak diutuskan Rasulullah itu melainkan untuk menyempurnakan ___________."

14) Peperangan terakhir yang disertai baginda.....

Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 013:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________

Jawapan saya:
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
6)______
7______
8)______
9)______
10)_______

Menurun:
1)________
10)__________
11)________
12)________
13)________
14)________

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)

Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.

Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 012:




Tahniah kepada yang menjawab semua betul tapi tak sempat nak hantar.