Halaman

Ahad, 17 November 2013

Tambahan 1 Lagi Hujah Betapa Menyimpangnya Syiah......



Antara ciri Syiah adalah menafikan dan menolak peribadi Saiyidina Abu Bakar r.a., Saiyidina Umar r.a. dan Saiyidina Usman r.a. 

Adakah Saiyidina Ali KWJ , Fatimah Az-Zahrah r.ha., Saiyidina Hasan r.a dan Saiyidina Husain r.a. serta Saiyidina Jaafar bin Abi Talib r.a. menafikan Saiyidina Abu Bakar r.a., Saiyidina Umar r.a. dan Saiyidina Usman r.a.???

Mari perhatikan hujah ini.....



Jumaat, 15 November 2013

Silangkata Bercorak Islam (007)

Salam bahagia....
 

007 menjenguk peribadi muslim di penghujung hari persekolahan dan meninjau kalau-kalau sudah ada peribadi yang secerdik dan setangkas Sultan Muhammad Al-Fateh.... 

Syarat penyertaan:


1. Terbuka kepada semua remaja Malaysia sehingga berumur 25 tahun. 
2. Sah sehingga 22 Nov 2013
3.  Keputusan Hakim adalah muktamad.

Hadiah berupa wang tunai*

     Pertama: RM10.00
     3 hadiah saguhati: RM5 setiap satu.

*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.

  
(Hadiah ini datangnya dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)

InsyaAllah, jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.

Berikut adalah Silangkata 007 


Soalan Silangkata 007
 

Melintang:

1) Tarikh 10hb __________, Nabi Ibrahim berjaya keluar dalam keadaan selamat dan bersahaja dari bakaran api panas yang menggunung, di mana api bakaran itu adalah kerahan Raja Namrud untuk menghapuskan atau melenyapkan perjuangan suci Nabi Ibrahim a.s.

2) Sultan Muhammad Al-Fateh pada usia 24 tahun, telah mencapai anugerah "Raja yang sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera" kerana berjaya menakluki kota ________ dan mengubah kota tersebut kepada Islambul dan kini dikenali sebagai Istanbul.

3) Huruf ا (alif) sehingga ي (ya).

4) Mafhum dari hadis Nabi SAW, kalau kita mengamalkan, membangunkan 1 _______ Nabi SAW di ketika masyarakat sudah begitu rosak, maka pahalanya ibarat 100 kali mati syahid. Namun begitu, cara hidup Nabi SAW yang terbesar adalah membangunkan sistem Islam, seperti sistem pentadbiran Islam, sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem kebudayaan Islam, sistem kekeluargaan Islam, sistem keselamatan Islam dan lain-lain...
 

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpegang dengan ______ku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid.  

5) Salah satu amalan yang tidak putus walaupun ibubapa telah meninggal dunia, iaitu doa dari anak yang _______. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang ______  yang berdoa untuknya." 
 (Hadith Riwayat Muslim)

 

Menurun:  

1) Salah satu acara riadah Rasulullah SAW. 

2) Hukum berpakaian ______, walaupun menutup aurat, sehingga menampakkan bentuk tubuh adalah makruh. (Ulamak-ulamak yang sangat menjaga adab dengan Allah dan sesama manusia, meninggalkan berpakaian seperti begitu). 

6) Soalan senang, antara 'berebut' nak menjadi imam solat dan 'berebut' nak melaungkan azan, mana yang terpuji? 

7) Tolut yang bersama tenteranya di pihak kebenaran berjaya menewaskan ________ dan tenteranya di pihak batil, yang zalim dan menindas rakyat. 

8) Rasulullah dan para sahabat yang berhijrah ke Madinah dengan hanya sehelai sepinggang dilihat oleh musuh Islam sebagai orang terhina, namun pada pandangan Allah adalah yang paling mulia kerena mereka telah diperdayakan dengan selemah-lemah makhluk. Satu dunia telah mengetahui, dalam usaha mereka menjejaki Rasulullah dan hendak membunuh baginda, kaum musyrikinlah yang terhina kerana boleh terpedaya dengan hanya lakunan burung merpati dan sarang ________ yang menutupi gua Thur ketika Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakar berehat dalam gua tersebut.

Peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 007:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________



Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
Menurun
1)______
2)______
6)______
7)______
8)______


Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)


Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.

Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 006:



 


Peserta yang bertuah adalah.....


1) Ainul Basyirah bt Abdul Hamed, 14 tahun, dari Bandar Country Homes Rawang Selangor. (hadiah telahpun diberi).

Tahniah.

Rabu, 13 November 2013

Ayat-Ayat Taubat...


Nabi  Muhammad SAW manusia paling bersih peribadinya, tidak pernah melakukan dosa samada dosa besar ataupun dosa kecil. Sebutlah apa saja kejahatan yang berlaku waktu sekarang, baginda tak pernah melakukannya. Bahkan terhindar dari melakukan dosa, ini dapat dilihat sewaktu baginda belum diwafatkan. Semasa baginda di usia remaja, datang perasaan nak melihat majlis keramaian yang ada kugiran muzik yang akan diadakan di suatu tempat. Sewaktu baginda transit di tengah-tengah perjalanan, baginda berehat di bawah sepohon pokok, baginda telah ditidurkan oleh Allah SWT. Sewaktu baginda terjaga dari tidur, majlis tersebut telahpun tamat.

Baginda telah diampunkan dosa yang terdahulu, dosa semasa dan dosa yang akan datang. Bahkan baginda terdiri dari golongan Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi dalam golongan manusia yang maksum. Kita manusia biasa walaupun diberi nama Maksum, tak terhindar daripada melakukan dosa (tidak ada kena mengena manusia yang hidup atau yang telah tiada). Namun begitu, baginda sangat mengekalkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Sehinggakan baginda sanggup berbengkak-bengkak kaki  kerana terlalu lama berdiri melakukan solat sunat pada waktu malam. Ini terdapat dalam hadis yang sangat mahsyur menceritakan peribadi Rasulullah yang sangat menyentuh hati itu.

Daripada Aisyah r.ha berkata: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua kakinya. Maka saya pun berkata kepadanya: "Kenapa engkau beribadat sampai jadi begini Ya Rasulullah? , sedangkan Allah swt telah mengampuni dosamu yang terdahulu dan dosamu yang terkemudian (seandainya baginda berdosa, padahal sebenarnya baginda maksum dari berbuat dosa). Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur". 
 (H.R. Bukhari).

Baginda juga tidak putus-putus memohon keampunan kepada Allah SWT. Diceritakan tak kurang 70 atau 100 kali baginda istighfar dalam sehari.

Sabda Nabi SAW:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih banyak dari tujuh puluh kali.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ، فِي الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ

“Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebab itu, baginda dilihat sebagai orang yang paling terpuji.

Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” 
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” 
(Surah Huud: 3)

Jadi di sini disenaraikan, perkara-perkara yang kita kena minta ampun setiap hari. Yakni bukan sahaja mulut kita mengucapkan perkataan taubat, tapi disertai hati yang sangat menyesal akan kesalahan yang telah dilakukan.

(Senarai dimulakan dengan dosa terhadap diri dan diakhiri dengan dosa kepada Allah, agar ada rasa kemuncak istighfar)

1) Ampunkan dosa zahir dan batinku.
2) Ampunkan dosa sekecil-kecil dosa dan sebesar-besar dosa yang telah ku lakukan.
3) Ampunkan dosa yang aku lakukan dahulu sehinggalah dosa yang aku lakukan sekarang.
4)  Ampun dosa kerana mazmumah hatiku.
5) Ampunkan dosa kerana kufurnya aku terhadap nikmatMu.
6) Ampunkan dosa kerana aku telah menyalahgunakan 7 pancaindera yang telah Tuhan berikan.
7)  Ampunkan dosa yang aku lakukan secara sembunyi atau terang-terangan.
8) Ampunkan dosa yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.
9)  Ampunkan dosa yang aku lakukan kepada setiap manusia.
10) Ampunkan dosa yang aku lakukan kepada setiap makhlukMu.
11) Ampunkan dosa yang aku lakukan kepada Mu ya Allah.

Setiap satu di atas, huraikanlah ikut kemahuan hati yang bersalah. Contohnya nombor 9. Ya Allah ampunkan dosa yang aku lakukan kepada setiap manusia, dosaku terhadap Nabi SAW sedangkan baginda sangat nak menyelamatkan aku dunia dan Akhirat, dosa sehingga tersinggungnya perasaan ibu dan ayahku, dosa tak melaksanakan tanggungjawab sebagai anak. Dosa kepada pemimpin dan guru-guruku yang menunjukkan jalan kebenaran kepadaku (kalau boleh sebutlah nama mereka satu persatu), dosa kepada jiran tetangga, dosa kepada anak murid, dosa kepada kawan-kawan, dosa kepada suami/isteri, dosa kepada anak-anak……(dan seterusnya)

Bertaubatlah, kerana kita tidak tahu dosa yang mana akan menghumbankan kita ke Neraka. (Wa Na'uzubillah)

Semoga ada manfaatnya...

Ahad, 10 November 2013

Popular Di Dunia VS Popular Di Langit.


"Alahai..... Itu subjektif, elok banyak dapat likes di dunia. Sekurang-kurangnya merasa juga popular, walaupun dekat langit tak popular. Daripada dekat dunia pun tak popular dan tak popular juga di langit. Eloklah dapat popular di dunia..."

Kenyataan di atas adalah kenyataan insan yang kurang tahu kedudukan sebenar. Penghuni langit terdiri daripada para Malaikat yang sangat taat kepada Allah SWT. Bilangan para Malaikat jauh berlipat kali ganda berbanding bilangan makhluk yang lain.

Menurut sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian. Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan manusia"

Maka, dari segi matematiknya, nisbah malaikat, jin dan manusia adalah:

      = malaikat : jin : manusia
      =      900     : 90  : 10

Jadi, kita nak mengejar likes manusia ke atau likes para Malaikat?. 

Mari kita ikuti kisah orang yang paling banyak dapat likes di langit semasa hidupnya selepas para Rasul dan Nabi-Nabi. Terimalah kisah Uwais Al-Qarni.... jeng, jeng, jeng...

 Mari renung-renungkan........

Sabtu, 9 November 2013

Kes Penceraian di Malaysia, Mencemaskan

Terkejut dan mencemaskan bila terbaca di kaca tv saluran arus perdana....


"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Pepatah melayupun tak suka kita bercerai-berai. Walaupun ianya dituju khusus kepada kesatuan masyarakat, siapa boleh nafikan masyarakat itu juga adalah terdiri daripada perpaduan keluarga demi keluarga.

Di sini kita menghadapi masalah besar, apa akan jadi kalau sesuatu keluarga itu bercerai-berai dan tidak bertanggungjawab pulak tu bila dah bercerai. Sudah tentulah akan tergambar dalam kepala kita kronologi-kronologi yang akan berlaku selepas itu.

Mari muhasabah diri, kalau-kalau kita ada turut sama menyumbang ke arah banyaknya berlaku penceraian di negara tercinta ini.

Antara sebab berlaku penceraian:

1) Jahil.

Tak mahu belajar dengan orang tua dan guru agama yang tahu sepak terajang rumahtangga. Lebih seronok bersendirian dengan pasangan dan menggunakan kaedah cuba jaya atau 'try and error'. Sedangkan memasuki gerbang perkahwinan perlukan kelulusan 'lepasan fardhu ain' dan kepimpinan kekeluargaan yang adil dan bijaksana. Setengah remaja telah menutup pintu nasihat mak dan ayah serta guru agama dalam soal mencari jodoh. Dengan memandang pilihan mak dan ayah sebagai kolot dan ketinggalan. (Mungkin juga di sinilah istilahnya sesuatu perkahwinan itu sebenarnya dari awal lagi sudah tidak direstui ibu dan ayah, apabila tak mendapat restu ibuayah dan guru-guru agama maka hilanglah keberkatan hidup).

2) Tidak matang.

Masih kebudak-budakkan menangani sesuatu masalah. Dengan menganggap sudah miliki diploma, sekeping ijazah, ada sarjana dan PHD maka dia sudah tahu segala-galanya adalah tidak tepat untuk menghadapi bahtera rumahtangga. Sebenarnya, pengalaman bersusah-payah pertahankan prinsip agama, latihan agar kreatif menangani masalah di waktu susah dan senang sebelum melangkah ke 'institusi rumahtangga' dan belajar sedikit sebanyak psikologi pasangan adalah ilmu dan pengalaman yang penting dan sangat penting sebelum berkahwin.

3) Tidak bersyariat.

Tidak berlandaskan agama dari peringkat awal sebelum perkahwinan. Bermula dari 'matching' sudah mengenepikan agama. Maka pasangan yang dipilih adalah dengan melihat kecantikan dan kekuatan zahir seperti keturunan hebat dan yang kaya raya sahaja. Pilihan berdasar agama sudah diketepikan. Sedangkan yang paling penting, sejak mula 'perkenalan' mestilah bersyariat, berlandaskan agama dan tak ada unsur-unsur maksiat, sehinggalah sudah beranak pinak selepas berkahwin, mestilah dalam mencari redho Allah SWT. Rumahtangga yang membesarkan dan mengagungkan Allah dan Rasul itulah kebahagiaan, itulah ketenangan, itulah hiburan kerana Allah itu sendiri sumber kebahagiaan, hiburan dan ketenangan.

Bacalah Kisah Saiyidina Umar AlKhattab r.a. sangat merancang generasi yang nak dilahirkan sesudah beliau tiada. Layari: http://alangfauzi.blogspot.com/2013/10/moga-moga-kita-dan-generasi-kita.html

Jadikan doa di bawah sebagai amalan kita. Jangan lupa dimulakan dengan memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW pada permulaan dan akhir doa. InsyaAllah akan diperkenankan  Tuhan.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-Furqan:74)

Jumaat, 8 November 2013

Silangkata Bercorak Islam 006 (sudah ada hadiah kecil-kecilan)

Salam, 006 menjelma lagi mencari orang yang hidupnya adalah dengan cara hidup Islam. Hanya dengan meneliti jawapan anda yang semua betul melambangkan anda sedikit sebanyak mendalami ilmu agama dan menjadikannya 'pakaian hidup' dalam kehidupan seharian anda.

 


Syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada semua remaja sekolah hingga berumur 25 tahun. 
2. Sah sehingga 18 Nov 2013
3.  Keputusan Hakim adalah muktamad.

Hadiah berupa wang tunai (bermula Silangkata 006):

    Pertama: RM10.00
    3 hadiah saguhati: RM5 setiap satu.
 
(Hadiah ini datangnya dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)


InsyaAllah, jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.



Silangkata 006:


Melintang

1) Asal kejadian manusia.

2) Maha Pencipta Allah SWT bahawa Dia tidak diciptakan. Bahkan Allah mencipta makhluk penuh dengan kesempurnaan. Tidak ada cacat-cela dan tiada kekurangan. Oleh kerana Dia-lah yang menciptakan kita, untuk kehidupan kita tidak rosak, sepatutnya kenalah kita pakai 'buku manual' yang dibuat oleh Pencipta kita iaitu panduan Al Quran dan Sunnah Nabi SAW.

3) Bertenang itu sifat orang mukmin, dan ber________ itu adalah dari syaitan.

4) Doa qunut dan tahiyyat awal adalah tergolong dalam sunat ______. Terlupa membaca doa qunut semasa mendirikan solat fardhu subuh dan terlupa bertahiyyat awal dalam solat fardhu yang lain, kita dikehendaki bersujud sahwi sebelum memberi salam.
 
5) Anjing yang masuk Syurga kerana menyertai Ashabul Kahfi yang ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun.


Menurun:

6) Musim cuti sekolah yang panjang akan bermula tak lama lagi. Maka harapnya tidaklah kita turut bercuti dalam membaca buku, bercuti dalam menepati masa, bercuti dari mendengar nasihat orang yang lebih berilmu dan berpengalaman dari kita. Lebih teruk lagi kita bercuti dari membaca Al-Quran dan bercuti dari mendirikan _____ 5 waktu sehari semalam.

7) Segi enam.

8) Frman Allah yang bermaksud:
       “Dan berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ______. 
Surah Al-Baqarah ayat 197

9) Perkataan terakhir di hujung hayat Nabi SAW yang menyebut umat baginda sebanyak 3 kali. Umat Islam yang mahu mengikuti jejak langkah Nabi SAW akan terkenang-kenangkan perkataan keramat ini kerana itu bukti cinta Rasulullah yang sangat sayangkan umat baginda  dan mahu menyelamatkan umat baginda dari azab api Neraka melalui syafaat baginda seperti yang diizinkan Allah.

10) Dahulukanlah setiap amalan kebajikan itu dengan
membaca بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ , insyaAllah kebaikan itu akan diberkati.





Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 006:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________



Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
Menurun
6)______
7)______
8)______
9)______
10)______


Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com

Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.



Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 005:



Hanya seorang yang berjaya menyampaikan kepada saya jawapan semua betul, beliau adalah

1) Supardi dari Ranau, Tambunan, Sabah.

Tahniah.

Selasa, 5 November 2013

Saiyidina Saad bin Ubadah r.a.


Ketua Kaum Ansar....


Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah SAW yang mulia, cerita berkaitan dengan Kaum Ansar di Madinah. Sedutan dari buku 'Cacatan Sejarah Rasulullah SAW' Karangan Tuan Nasaruddin Awang dari mukasurat 396-403

Kaum ansar yang tidak mendapat sebarang habuan dari ghanimah perang Hunain merasa diketepikan. Ada yang berkata Rasulullah telah melupakan mereka apabila baginda telah diterima kembali oleh Quraisy. Sayyidina Saad bin Ubadah datang bertemu dengan Rasulullah. Saad memberitahu, "Wahai Rasulullah, para Ansar berkecil hati dengan Rasulullah" Baginda bertanya "Kenapa wahai Saad?". Saad menjelaskan, "Rasulullah telah memberikan kepada semua orang kecuali Ansar"

Rasulullah bertanya kepada Saad, "Kamu sendiri wahai Saad, apakah yang kamu rasakan?". Saad mengaku, " Wahai Rasulullah, aku juga salah seorang dari kaumku". Apabila Rasulullah melihat Saad juga terkesan, Baginda meminta Saad mengumpulkan semua orang Ansar. Rasulullah mahu berdialog dengan kaum Ansar.

Apabila seluruh kaum Ansar yang menyertai Hunain berkumpul, Rasulullah berucap kepada mereka. Rasulullah bertanya, "Wahai Ansar, bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu dalam kesesatan dan Allah telah memberi petunjuk kepada kamu? Bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu miskin kemudian Allah telah mengkayakan kamu? Bukankah aku datang kepada kamu dalam keadaan kamu berpecah belah sehingga Allah satukan kamu? Bukankah aku datang kepada kamu ketika kamu dikalahkan sehingga Allah memenangkan kamu?".
Setiap pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh Ansar, "Dari Allah dan RasulNyalah segala jasa dan pemberian".

Kemudian Rasulullah berkata, "Kalau kamu mahu berkata, kamu juga boleh berkata kepadaku dan kamu benar dalam perkataan kamu itu. Kamu telah datang kepada kami keseorangan, kamilah yang membela kamu! Kamu datang kepada kami miskin, kamilah yang mengkayakan kamu! Kamu datang kepada kami diburu, kamilah yang mempertahankan kamu!"

Setiap ucapan Rasulullah itu mereka hanya mampu mengulang-ulang "Dari Allah dan RasulNyalah segala jasa dan pemberian".

Rasulullah telah mengingatkan mereka apa yang telah mereka perolehi dari Baginda. Begitu juga Rasulullah sebut kepada mereka apa yang telah Baginda perolehi dari mereka.

Seterusnya Rasulullah bersabda kepada mereka:
" Apakah kamu mahu berkecil hati kepadaku terhadap sedikit dunia yang aku berikan kepada orang lain untuk mengikat hati mereka kepada Islam, sedangkan aku telah mempercayai kamu kerana iman kamu? "

"Apakah kamu tidak redha, orang lain pulang membawa kambing dan unta tapi KAMU PULANG MEMBAWA RASULULLAH BERSAMA KAMU?"

Mereka menyahut, "Kami telah redha, kami telah redha, wahai Rasulullah!" sambil mereka menangis hiba dan terharu.

Kemudian Rasulullah berdoa kepada mereka: "Ya Allah, rahmatilah kaum Ansar dan anak-anak kaum Ansar dan cucu-cucu kaum Ansar! Ya Allah musuhilah mereka yang memusuhi kaum Ansar dan sokonglah mereka yang menyokong kaum Ansar!"

Alangkah gembiranya para Ansar. Mereka bersyukur dan terharu dengan doa Rasulullah itu.

Manusia Memusuhi Apa-Apa Yang Mereka Tidak Tahu....



Sempena 1 Muharram 1435H ini, mari kita berhijrah kepada kebenaran. Kalau ada golongan yang sudah bertaubat dan mematuhi fatwa kebenaran, kita yang memerhatikan mereka, sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk diterima masyarakat. Membuang sikap prejudis dan selidikilah mereka. Apa yang  dipaparkan laman blog tertentu ini adalah setelah mengkaji dan membuat pemerhatian, mereka sebenarnya serius mematuhi dan mengamalkan fatwa kebenaran. Antaranya...

1) Matahati

http://matahati313.blogspot.com/?m=1

2) Anjang Muor

https://anjangmuor.wordpress.com/

3) Puteri Abuya

http://khaulahattamimizone.blogspot.com/?m=1

4) MyLah

http://mylah999.wordpress.com/

5) MT Ikhwan

http://mtikhwan313.blogspot.com/?m=1

6) Catatanku...

http://mka313.blogspot.com/?m=1

7)  Suara Muhajirin

http://suaramuhajirin313.blogspot.com/

Ahad, 3 November 2013

Susahnya Nak Ikhlas... (guruku menangis teresak-esak apabila menceritakan ini)



Peta Minda di atas dibuat berdasarkan Hadis Nabi SAW di bawah:

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

“Puji syukur ke hadrat Allah AWT yang menghendaki  agar makhluk-Nya menurut  kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku,”Ya Sayidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah SAW:
“Sekarang aku akan  menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan ( tidak dipedulikan) olehmu maka tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak.”

“Wahai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.“

Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga  akan berkata kepada malaikat  Hafazah, ”Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.
  
Esoknya naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata, ”Lemparkan balik amalan ini ke muka pemilikmya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan lepas ke langit lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke  langit ketiga membawa amalan sungguh indah. Penjaga langit berkata, ”Lemparkan balik amalan ini kemuka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya.
“Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi ke langit keempat.Lalu penjaga langit itu berkata, ”Lemparkan balik amalan ini kemuka empunyanya.Dia seorang yang ujub.Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata, ”Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata, ”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan  yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang lain dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.”
  
Malaikat Hafazah  naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Rupa cahaya bagaikan  kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga suma’ah (ingin masyhur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang  yang riak.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.

Tetapi Firman Tuhan:
“Hafazah sekalian, pencatat amal hambaKu, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas padaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain,menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu asa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu Aku dengan amalnya ini?”
“LaknatKu tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringnya pun berkata:

“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekalian bagi mereka.
Dan  semua yang di langit turut berkata: ”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, ”Ya Rasulullah, bagaimana aku dari apa yang diceritakan ini?’

Sabda Rasulullah SAW, ”Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali, ”Ya, tuan ini Rasulullah sedang saya ini hanya si Muaz bin Jabal, bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika sebelahmu ada orang lain tidak diajak berbisik. Jangan takbur pada orang  lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikann, jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam.”

“Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.”

Muaz berkata,”Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung  penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW, ”Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihani dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.”



Sabtu, 2 November 2013

Penyakit Kedua Terbanyak Di Dunia Selepas Penyakit Jantung




Mereka hanya menyelesaikan masalah hidup dengan menggunakan akal semata-mata adalah punca utama penyakit mental.

Akibat hati tidak dibaiki, nafsu tidak dijinakkan, maka tekanan hidup, beban kerja atau banyak tanggungjawab, tidak dapat diimbangkan lagi, jadi berlakulah penyakit mental.

Ada kata-kata Hukama agar kita mengikuti kata-kata tersebut "ingat 2 perkara lupakan 2 perkara". Agar akal kita tidak disusahkan dengan memikirkan semua perkara .

Terlalu memikirkan semua perkara?, mari kita 'lihat' senario yang berlaku dalam kehidupan seharian....

Pertama....

Mereka terlalu mengingatkan kebaikan yang mereka telah buat, menyebut-nyebut jasa yang telah dilakukan, menceritakan banyak ibadah yang telah diamalkan kepada umum, mengungkit-ngungkit segala kebajikan. Antara sebab mereka buat begitu adalah untuk dipandang 'hebat', 'menonjolkan diri', agar jasa mereka dibalas, agar mereka terkenal, agar mereka diberi gelaran datuk, agar dapat pingat dan agar 1001 macam agar-agar lagi. 

dan

Kedua...

Mereka terlampau mengingatkan kejahatan orang kepada diri mereka. Mereka ingat sangat kata-kata kesat orang kepadanya. Makan tak selera teringatkan orang marah kat dia. Fikirkan sangat orang tak suka dekat dia, ingat sangat orang buat 'derk' dengan dia, ingat sangat sampai tak tidur malam perli atau sindir orang kepadanya. Ingat sangat orang 'unfriend' dia dekat facebook. Ingat sangat ada anak murid tak suka dekat dia sebagai seorang guru. Dari kejahatan yang besar seperti fitnah sehingga kejahatan yang kecil seperti jelingan orangpun dia ingat.

Nampak gayanya, istilah salah berfikir kena diubah dan ditujukan kepada orang seperti dua contoh di atas.

Sedangkan 2 perkara di atas, kita diminta lupa-lupakannya. Bahkan bagi yang membuat jahat kepada kita, kita digalakkan berbuat baik kepada mereka.

Mari saya dedahkan "ingat 2 perkara lupakan 2 perkara" itu.

Kita dikehendaki hanya mengingati 2 perkara saja...

1) Ingat kebaikan orang kepada kita. (Agar kita balas jasa mereka atau setidak-tidaknya kita mendoakan kebaikan untuk mereka)

2) Ingat kejahatan kita kepada orang lain. (Agar  kita tidak mengulanginya lagi, kita insaf, bertaubat dan membaiki diri)

Kita diminta melupakan 2 perkara...

1) Lupakan kebaikan kita kepada orang. (Agar kita tidak mengungkit dan agar kita ikhlas berbakti)

2) Lupakan kejahatan orang kepada kita. (Ini yang agak payah dibuat, tapi perlu dilaksanakan agar kita menjadi pemaaf, lebih-lebih lagi yang minta ampun itu terdiri daripada anak-anak, keluarga dan sahabat handai kita)

Akhir kalam....

 أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan menjadi tenang"
(Surah Ar Raad: 28)


Jumaat, 1 November 2013

Silangkata Bercorak Islam 005

Salam, silangkata bercorak Islam 005 terus menerjah kehidupan anda dengan suluhan ilmu fardhu ain dan pengetahuan am.




Syarat penyertaan, terbuka kepada semua...

InsyaAllah, jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.



Silangkata 005:


Melintang

1) Tingkatan nafsu para Rasul dan Nabi.

2) Manusia akan menempuh beberapa alam sebelum kembali bertemu Allah SWT.
   Alam  ______ ---> Alam Rahim ---> Alam Dunia ---> Alam Barzakh ---> Alam Akhirat

3) Apabila huruf berbaris di atas bertemu huruf و (waw) atau ي (ya) bertanda sukun (tanda mati), huruf selepasnya dibaca sukun kerana waqaf. Dinamakan Mad ___ kerana pengucapannya lembut  dan mudah. Hukum bacaan = Panjang bacaan adalah 2, 4 atau 6 harakah

4)  Istilah ini hanya ditujukan kepada suami atau bapa yang benar-benar mengetahui anak atau isterinya sedang melakukan perbuatan keji tetapi suami atau bapa itu tidak mencegah atau tidak melarang isteri atau anak tersebut dari melakukan perbuatan keji tersebut.

5)
Maksudnya: Akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada kecuali yang mengadakan hubungan dengan ALLAH (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (__________), dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itudisebabkan mereka durhaka dan melampaui batas.
(Ali Imran: 112)



Menurun:

6) Maha Berkehendak Allah SWT mengatasi kehendak makhlukNya kerana Maha Berkehendak Allah pasti terjadi dan tiada siapa boleh menghalangnya.

7) Kalau hujan adalah rain. Apa pula kalau payung. Jadi sediakanlah payung sebelum hujan. Dengan kata-kata lain, bertawakal hendaklah berbekal.

8) Barangsiapa mendirikan __________, dia sebenarnya telah mendirikan agamanya. Dan Barangsiapa meninggalkannya dia sebenarnya telah meruntuhkan agamanya.

9) Cukup dengan berkata '___' sebagai tanda membantah kepada orang tuanya dan orang tuanya telah tersinggung dengan perbuatan anaknya itu, si anak sudah  dikira derhaka kepada ibubapanya. Kalau tidak diusahakan minta ampun kepada ibubapa dan ibubapa tak sempat  memaafkan si anak, takut-takut si anak mati dalam suulkhatimah. Na'uzubillah.

10) Nabi yang paling kaya. Baginda telah menunjukkan contoh bagaimana mahu bersyukur terhadap nikmat Allah SWT. Maka habislah hujah orang kaya untuk tidak bersyukur...


11) Gelaran tersohor kepada Saiyidina Abu Bakar r.a. kerana keyakinannya kepada apa-apa saja yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah diakui benar lagi dibenarkan.




Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 005:

Nama:
Bandar dan negeri:

Jawapan saya
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
Menurun
6)______
7)______
8)______
9)______
10)______
11)______

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com

Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.



Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 004:



Tahniah kepada yang menjawab semua betul.