Halaman

Jumaat, 3 Januari 2014

Silangkata 013 Menyingkap Peribadi Rasulullah SAW

Silangkata 013 bertemu kembali setelah seminggu tidak muncul lantaran telah berlaku peristiwa widak antara seorang anak dengan ayah kandungnya pada malam Jumaat lepas pada jam sekitar 8.05 malam dan selamat dikebumikan pada 11.00 pagi hari Jumaat keesokan harinya.... Al Fatehah buat Allahyarham Ayahku Ibrahim bin Yasid.

Silangkata kali ini penuh dengan penyingkapan peribadi Rasulullah SAW kerana pada 1 minggu lebih hadapan adalah  12 Rabi'ul Awwal 1435 Hijrah, Hari Keputeraan atau Maulid Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari Selasa 14 Januari 2014. Keistimewaan silangkata kali ini ialah kerana pada setiap soalan ada clue....

Seperti biasa dipaparkan dahulu syarat-syarat penyertaan:
1) Terbuka kepada remaja Malaysia sehingga 30 tahun.  
2) Sah sehingga Jumaat, 10 Januari 2014  
3) Keputusan Hakim adalah muktamad.
4) Lengkapkan slogankata berikut: Saya berusaha menjawab soalan silangkata bercorak Islam kerana .............................................................................................................. (tidak lebih dari 25 perkataan).
Hadiah berupa wang Tunai*
Pertama: RM10.00 (+ RM10.00 sempena Maulid Nabi SAW)
3 Hadiah Saguhati: RM5  (+ RM5 sempena Maulid Nabi SAW) setiap satu.
*Hanya yang memenuhi terma dan syarat sahaja layak perolehi hadiah.
(Hadiah ini datang dari seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya disebut dan beliau sudi menghulurkan sejumlah di atas untuk setiap minggu, Alhamdulillah)
Insya Allah jawapan akan dipaparkan setiap Jumaat.

Berikut adalah Silangkata 013:



Soalan 

Melintang:

1) Walaupun baginda Nabi SAW seorang yang maksum, darjatnya tertinggi berbanding semua manusia dan segala makhluk Tuhan yang telah dicipta, namun baginda berbengkak-bengkak kaki dalam solat malamnya kerana baginda tetap mengaku baginda adalah hamba Tuhan dan sebagai tanda _______ kepada Allah.

2) ____________ baginda kepada umat baginda amat mendalam, baginda sangat inginkan keselamatan umatnya dan menginginkan umatnya hidup dalam keimanan dan baginda sangat terasa kesusahan dan keperitan umat baginda.

3) Semasa hayat baginda, baginda mempunyai lebih 124 000 sahabat, 313 tentera Badar, 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga, 4 sahabat bakal menjadi Khulafaur Rasyidin dan seorang sahabat yang sangat sangat sangat rapat iaitu ____________

4) Baginda adalah pemimpin yang sangat _________, seluruh dunia mendapat rahmat dan keberkatan, tidak berlaku sedikitpun perselisihan yang tidak dapat diselesaikan dengan jayanya, ini bukan sahaja dapat dirasai oleh seluruh umat Islam zaman baginda dan selepasnya bahkan turut dirasai oleh orang bukan Islam dalam tulisan sejarah, dokumentari dan lain-lain.

5) Sewaktu kelahiran baginda Rasul SAW, berlaku keajaiban besar iaitu telah runtuh istana Kisra dan telah padam nyalaan api sembahan _______ yang telah dinyalakan ribuan tahun.

6) Walaupun lebih 70 peperangan baginda sertai, Rasulullah SAW tidak _______ hatta satu nyawapun.

7) "Tidak diutus Rasulullah itu melainkan untuk membawa __________ ke seluruh alam."

8) Demi menyelamatkan dunia ini selepas wafatnya baginda, Rasulullah SAW sebenarnya telah berdoa dan 'menyusun dan mengatur' agar dunia tetap dirahmati Tuhan walaupun  'ketiadaan' baginda. Melalui kata-kata penuh mukjizat baginda akan adanya satu golongan yang membawa obor perjuangan agar tidak dipadamkan. Obor ini akan dibawa oleh orang yang tidak pernah bertemu baginda sewaktu hayat baginda, tetapi amat merindui Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnah baginda terbesar, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem pendidikan Rasulullah, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem pentadbiran mirip Rasulullah, rindunya mereka kepada baginda, maka dibangunnya sistem kewangan, sistem ekonomi, sistem keluarga dan rumahtangga, sistem kemasyarakatan, sistem kebudayaan, sistem keselamatan dan lain-lain mengikut Rasulullah SAW. Mereka inilah yang digelar Rasulullah ________ku dan para-para Asoib di akhir zaman.

9) Bukan sahaja di zaman Rasulullah SAW, peribadi Sahabat baginda semuanya boleh diteladani , kehidupan masyarakatnyapun boleh di________i, bahkan Rasulullah telah melahirkan masyarakat Khulafaur Rasyidin dan Salafussoleh untuk dijadikan ikutan. Yakni sekitar 300 tahun dari kehidupan Rasulullah SAW.

10) Baginda adalah ___________ segala Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Selepas baginda sudah tiada Nabi baru...

Menurun:

1) Kasih-sayang baginda bukan sahaja di dunia sangat inginkan keimanan buat kita sebagai umat baginda, bahkan sangat inginkan keselamatan umat baginda sampai ke Akhirat melalui _________ yang diizinkan Allah SWT. Pertolongan baginda itu dalam pelbagai keadaan, adakalanya ketika umatnya hendak di azab di kubur, adakalanya ketika panas teriknya Padang Mahsyar, adakalanya ketika timbangan Neraca Mizan, adakalanya di atas titian Siratul Mustaqim bahkan adakalanya sudah terjun ke dalam Api Neraka yang menjulang!!! (ayuh.... wahai diri.... kita berselawat ke atas Nabi SAW, Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Sayyidina Muhammad)

10) Ketika Abu Lahab melobi Abu Talib agar menghentikan dakwah Rasulullah SAW, Rasulullah SAW telah menyatakan "Sekalipun matahari diletakkan di atas tangan kananku dan bulan di atas tangan kiriku, nescaya ____________ ini tetap akan ku teruskan!"

11) Ibu kandung Nabi Muhammad SAW

12) Bukti Rasulullah SAW sangat sangat sayangkan umat baginda, bukan sahaja dalam kehidupan baginda, baginda sangat memberi kasih sayang kepada umatnya, bahkan di hujung-hujung hayat baginda masih inginkan umatnya mendapat Kasih-Sayang Tuhan. Baginda menyebut _________ sebanyak 3 kali sebelum roh baginda yang sangat mulia itu dijemput oleh Tuhan.

13) "Tidak diutuskan Rasulullah itu melainkan untuk menyempurnakan ___________."

14) Peperangan terakhir yang disertai baginda.....

Untuk menentukan nama anda naik sebagai peserta silangkata yang menjawab betul semua bolehlah isi borang tersebut:

Silangkata 013:

Nama:________________________________________
Umur:________________________________________
Bandar dan negeri:______________________________
Nombor Akaun Maybank:________________________

Jawapan saya:
Melintang
1)______
2)______
3)______
4)______
5)______
6)______
7______
8)______
9)______
10)_______

Menurun:
1)________
10)__________
11)________
12)________
13)________
14)________

Hantarkan samada secara

SMS: 0195670691
BBM: 26F3B5F1 (kena invite dulu)
Email: alangfauziandak@gmail.com
(boleh juga send gambar peserta)

Untuk menaja hadiah teka silangkata sila berhubung nombor di atas.

Berikut adalah jawapan Silangkata Bercorak Islam 012:




Tahniah kepada yang menjawab semua betul tapi tak sempat nak hantar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan